Saturday 26 May 2012

.::Anjing Mempertahankan Maruah Rasulullah SAW::.

Bismillahirrahmaanirahiim
Berkata Sheikh Imam Ibnu Hajar Al 'Asqalany dalam kitabnya Ad Durar Al Kaminah (m/s 3:202) :

Orang kristian telah menyebarkan dakyahnya di kalangan puak Moghul dengan harapan dapat mengkristiankan mereka. Usaha mereka mendapat restu Holaqu, Raja Moghul kerana isterinya Zhuf Khatun adalah penganut agama kristian.

Pada suatu hari satu rombongan pendeta kristian telah menghadiri sebuah majlis keraian besar Moghul yang dilakukan kerana berjaya mengkristiankan salah seorang panglima Moghul. Dalam majlis itu bangun berucap seorang pendakyah kristian dan dalam ucapannya itu beliau mengutuk Nabi Muhammad S.A.W. Di sebelah pendeta itu terdapat seekor anjing yang diikat pada sebuah tiang.

Tetekala pendeta tadi mula mencaci Nabi Muhamad SAW anjing itu bangun menyalak dan meluru ke arah pendeta. Anjing itu berjaya sampai ke pendeta itu dan terus menggigitnya. Orang lain berjaya melepaskan beliau dari gigitan anjing tersebut dengan begitu payah sekali. 


Anjing Tibet
Maka berkata sebahagian orang yang menhadiri majlis itu : Inilah balasan untuk ucapan kamu terhadap diri Muhamad.

Akan tetapi si pendakyah kristian itu dengan sombongnya berkata "Bahkan anjing ini memang gila dan ia melihat aku mengoyangkan tanganku dan menyangka aku ingin memukulnya". Pendakyah kristian itu bangkit semula menyambung ucapan beliau dan meneruskan cacian terhadap Baginda Nabi Muhamad S.A.W.

Anjing itu bangkit lagi sekali dan meronta-ronta hingga terlepas tali ikatannya. Anjing itu terus melompat dan mengigit leher pendeta tadi menyebabkan pendakyah kristian itu mati serta merta. Kejadian ini telah menyebabkan hampir 40 ribu orang Moghul memeluk agama Islam.

Insafila: Alangkah bertuahnya mereka yang mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan maruah Baginda S.A.W dari diperlekehkan oleh masyarakat Jahiliyah Kini

2 comments:

  1. Good entry ,sgt bermanfaat... teruskn usaha main copy paste.hehehehee.....

    ReplyDelete
  2. hehehhe,adelah sikit, ilmu dikongsi untuk semua ,menuntut ilmu itu fardhu(wajib) pada satiap umat islam

    ReplyDelete