Tuesday 22 May 2012

BERAPA HARGA DIRI ANDA ???

Pernahkah anda terfikir untuk menjual diri anda?
Jika anda ingin menjualnya, berapa harga yang anda pinta?
Adakah anda percaya ada orang yang akan membelinya?

Usah pening kepala memikirkan jawapannya!
Sesungguhnya ada yang sedia membeli diri anda!
Harganya?
Tidak tergambar oleh anda!
JANNAH!

Tahukah anda apa itu JANNAH?

Suatu tempat yang luasnya antara langit dengan bumi
Keindahannya tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di benak manusia.
Bayang sebatang pokok sahaja tidak mampu dilepasi oleh penunggang kuda paling pantas yang berlari tanpa henti selama 100 tahun!

Bersediakah anda untuk menjual diri anda kepada pembeli tersebut?
Itulah satu-satunya tawaran yang anda pernah terima sepanjang hayat anda.
Jika anda menolaknya maka tiada lagi tawaran selepas ini dari mana-mana pihakpun
Dan kalau ada, pastinya tidak akan ada yang mampu membayar harga yang lebih mahal daripada itu.

Kini, pilihan di tangan anda!
Nak jual atau tidak?
Kalau nak jual, sekaranglah masanya sebelum kaunter urusniaga ditutup.
Segeralah rebut.
Jika sudah bersedia, lafazkanlah aqad jual beli:

(أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله)

Selepas itu siapkan diri anda untuk berperang menegakkan agama Allah, membunuh dan terbunuh.
Bukan itu sahaja.

Anda juga perlu hiaskan diri seindah-indahnya dengan perhiasan yang digemari oleh pembeli anda, iaitu taubat, ibadat, memuji-muji namanya, berpuasa atau mengembara, membanyakkan solat (rukuk dan sujud), menyuruh ma’ruf, mencegah mungkar dan memelihara serta mempertahankan batasan-batasan agamanya.


No comments:

Post a Comment