Sunday 20 May 2012

.::Adakalanya Tidak Perlu Kata-kata SAYANG::.

Setelah sembilan tahun berkahwin, akhirnya si isteri mohon diceraikan . Semenjak berkahwin mereka tidak dikurniakan anak. Berkata si isteri : "Setelah doktor kata abang mandul saya menahan sabar dengan kata-kata orang. Seolah saya isteri yang baik dan tabah, tinggal dengan orang mandul walaupun saya boleh berkahwin lain dan dapat zuriat".

Si suami menjawab : "Baiklah kalau itu yang kamu minta, saya akan lepaskan kamu di hujung tahun ini". Selepas beberpa hari dari perbualan ini, si isteri didapati mengalami kerosakan buah pinggang. Semakin marahlah si isteri pada suaminya kerana tidak mahu melepaskannya untuk mengecapi hidup punya anak seperti orang lain.Si isteri juga menyalahkan suaminya kerana menyebabkannya mengalami sakit kerosakan buah pinggang.

Setelah itu si suami meletakkan isterinya dalam jagaan doktor di sebuah klinik swasta, kemudian si suami berkata : "Saya ada urusan untuk keluar negeri, setelah selesai urusan saya, saya akan pulang segera".

Si isteri merasakan betapa cuai suaminya menjaga kesihatannya, semakin sedih hatinya, air matanya mencurah-curah turun seolah merawat kekesalan dalam hatinya.

Setelah dua minggu, si suami menelepon isterinya memberitahu bahawa dia telah berjaya dapatkan seorang penderma buah pinggang. Ia akan terbangkan terus buah pinggang itu ke klinik yang merawat isterinya. Setelah selesai pembedahan, barulah si suami pulang dan melawat isterinya. Sewaktu pertemuan tiada kata-kata antara kedua mereka.

Setelah sepuluh bulan dari hari sembuh, si isteri mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan. Dalam masa itu juga si suami telah berjaya menghabiskan Masternya dalam bidang Syariah Islamiah. Bukan sahaja berjaya menghafal Al Quran tapi juga medapat ijazah qiraat riwayat Hafs.



Suatu hari si isteri terjumpa sebuah diari kepunyaan suaminya. Di dalamnya ada menyimpan rahsia-rahsia suami. Rupanya yang mandul bukan suami tapi si isteri. Si suami suruh doktor yang memeriksa supaya berkata di hadapan mereka berdua apabila telah selesai pemeriksaaan bahawa yang mandul itu adalah suami bukan isteri. Sedangkan natijah pemeriksaan menunjukan si isteri yan mandul.

Si penderma buah pinggang bukan orang lain, sebenarnya si suami yang menderma buah pinggangnya. Sebab itu dia tidak dapat duduk di sisi isteri ketika pembedahan.

Orang yang menceritakan kisah ini ketika itu berada di sisi suami. Apabila rahsianya bocor. Si isteri menelepon suami dalam keadaan air mata berjujuran membasahi pipi dan memohon kemaafan, si suami menerima panggilan itu terus menangis. Pencerita yang duduk di samping si suami pun turut menangis menyaksikan kisah ajaib ini.

No comments:

Post a Comment