Friday 25 May 2012

Tauhid : Jika Ragu Kembalilah Pada Asasnya

Bismillahirrahmaanirrahiim
Dari Muzni beliau menceritakan :

Jika aku mempunyai permasalahan dalam diriku atau di mindaku mengenai ilmu tauhid maka Imam Syafie lah penyelesaiannya.

Maka suatu hari aku pergi menemui beliau di suatu masjid di Mesir. Bila sampai, aku duduk mengadapnya lalu aku berkata kepadanya " Ada sesuatu yang timbul dalam diriku mengenai masalah tauhid, aku tahu kamulah yang boleh mengungkai masalah ini.

Imam Syafie rahmatullahalaihi berkata dengan nada sinis " apalagi yang yang tak kena dengan kamu?. Adakah kamu tahu kamu sekarang di bumi apa?.

Aku menjawab " Ya, saya tahu"

Beliau berkata lagi " Inilah bumi di mana firaun telah ditenggelamkan. Adakah pernah aku beritahu kamu bahawa Nabi menyuruh kamu menanyakan perkara ini?

Aku menjawab " Tidak"

Beliau berkata " Adakah sahabat Nabi bertanyakan hal begini?

Aku menjawab " Tidak"

Beliau berkata "Adakah kamu tahu berapa banyak bintang di langit?

Aku menjawab " Tidak"



Beliau berkata "Bintang di langit kamu tahu jenisnya, waktu terbit dan tenggelamnya, tahukah kamu di cipta dari apa?

Aku menjawab " Tidak"

Beliau berkata "Suatu kejadian yang kamu lihat dengan mata kepala kamu pun kamu tidak tahu bagaimana kamu ingin berkata tentang Allah?

Kemudian beliau bertanya kepadaku satu soalan tentang berwuduk akan tetapi jawapan yang aku berikan itu salah. Lantas beliau huraikan dan dibahagikannya kepada 4 pecahan. Satu pun tidak sama dengan jawapanku. Kemudian beliau berkata " Suatu yang kamu perlukan lima kali sehari pun kamu tidak menguasainya apatahlagi membebani diri dengan ilmu ketuhanan. Jika ada sesuatu yang terlintas dalam diri kamu maka segeralah kamu kembali kepada ayat berikut dari surah Al Baqarah:

{ وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ }
"Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

{ إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنْفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ مَاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لَآياتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ }


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.


Kemudian beliau berkata "Ambilah bukti tentang Pencipta dari yang diciptanya, jangan bebani diri dengan ilmu yang tak sampai oleh akalmu. Aku menjawab " Bertaubat aku dari mengulanginya"


sumber: SINI

No comments:

Post a Comment