Saturday 19 May 2012

Kelebihan Bulan Rejab

Dari salah seorang Ustazahku:
Bulan Rejab:


Di seluruh pelusuk dunia Islam Rejab dikenali sebagai bulan memohon ampun (istigfar), kerana ia adalah bulan yang memberi peluang untuk kita muhasabah diri and sedar tentang kekurangan kita ; untuk melihat hakikat dalam diri kita serpihan hati kita yang akur bahawa kita ini sebenarnya jauh dari layak untuk dikasihiNya, suatu perasaana yang perlu timbul di dalam lubuk hati supaya kita mendapat Rahmat yang tidak terhingga dari Ilahi.


Nabi (sallallahu alayhi wa aalihi wa salam) telah bersabda mengenai Rejab:

"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban bulan nabi dan bulan Ramadan bulan umatku"

hadith Qudsi

Ulemah mengulas hadith ini; Rejab adalah bulan istigfar, Syaaban bulan menghantar salam ke atas Rasul pilihan dan Ramadan bulan Al-Quran.

Dalam hadith ini Nabi bersabda bahawa Rejab adalah bulan Allah, bermaksud suatu bulan kita kembali kepada Allah dengan mencerminkan keadaan diri dan memohon ampun untuk dosa-dosa yang telah membawa kita kepada keadaan ini. Guru-guru kita telah diajar pada bulan yang mulia ini untuk membaca 70 kali selepas Subuh dan Isyak:

'Rabi igfir li wa arhamni wa tab alaya'

Ya Allah memaafkan daku, limpahkan Rahmat ke atasku dan "berpaling" ke arahku '

Apabila hati bebas daripada dosa dan belenggu daripada duniya, dapatlah kita pintas "berlari" melampaui batas ilusi dunia ini dan benar-benar merasakan cahaya Oh Bulan Ramada yang begitu diberkati.

No comments:

Post a Comment