Thursday, 10 November 2011

Kisah Singa Yang Terhutang Budi (Inspirasi)

Seekor singa yang diberi nama Jupiter dilihat seolah-olah tahu berterima kasih dan mengenang budi manusia yang pernah menyelamatkannya. Ana Julia Torres dan Jupiter kini bagaikan tidak boleh dipisahkan sejak 12 tahun lalu apabila wanita berumur 52 tahun itu menyelamatkan singa malang itu daripada kumpulan sarkas.


Jupiter pada waktu itu begitu lemah dan mengalami masalah kekurangan gizi dan zat yang serius. Ana membawanya pulang ke pusat perlindungannya di Cali, Colombia bagi merawat dan memastikan ia kembali sihat.

Setiap kali dihampiri oleh Ana, Jupiter seolah-olah gemar memberikan satu pelukan kepada tuannya itu sebagai tanda berterima kasih di atas budi menyelamatkannya 12 tahun lalu.
Ana kini dilaporkan memelihara lebih dari 600 haiwan yang diselamatkan dari pemilik-pemilik haram seperti penyeludup dadah, sarkas, dan penyeludup haiwan di pusat perlindungan haiwan miliknya.

Beliau telah membina sebuah pusat perlindungan Villa Lorena Shelter pada 1994 menggunakan duit gajinya sebagai guru biasa. Sejak hari itu, beliau merawat pelbagai haiwan yang cacat anggota, terseksa, kebuluran dan ditinggalkan tuan.

Ana yang juga salah seorang aktivis penentang aktiviti sarkas, enggan membuka pusat perlindungannya kepada orang awam.

Katanya: “Saya mahu haiwan-haiwan hidup dengan aman damai. Sepanjang hidup mereka sudah jadi tontonan dalam sarkas dan pertunjukkan – Inilah syurga tempat mereka berehat akhirnya.” Tulusnya hati minah ni.

P/S: Apabila manusia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah, bukan sahaja haiwan, malah malaikat di langit dan bumi pun menyukainya, dengan syarat ada kalimah tauhid yang percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah. Semoga minah yang baik hati tu mendapat hidayah menerima Islam.

Sumber: The Sun via Free Malays | Koleksi Menarik Luar Negara Melayukini.net

No comments:

Post a Comment