Saturday, 12 November 2011

Sejenak Berfikir!!

Bismillahirrahmaanirrahim..


Jangan biarkan masamu berlalu tanpa pengorbanan
sepanjang roh masih setia menemai jasad.
Kegembiraan tak selamanya menemani hari-harimu.
Terkadang datangnya kesedihan tidak boleh kamu tolak.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : " Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kamu dan tidak pula gembira terhadap apa yang diberikannya kepada kamu."......... ( QS Al-Hadid : 23 )






Petikan : Jangan Bersedih - Dr Aidh Abdullah Al-Qarni





Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.

01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.

02.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.

03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.

04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.

05.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.

06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.

07.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.

08.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.

09.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya....

Tiap-tiap diri akan merasai mati dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan (ujian) dan kepada kamilah kamu semua akan di kembalikan (Surah Al-Anbia' ayat 35)~~

kesedihan tidak akan pernah mengembalikan apa yg telah hilang,
Rasa cemas tak bisa membuat masa depan mjadi lbh baik,
Hati yang gundah juga tdk melahirkan keberhasilan,
Hanya jiwa yang lurus dan hati yg redha akan menjadi 2 sayap kberhasilan. Inshallah.. Allahu akbar!

"Setiap bencana yg menimpa di bumi dan yg menimpa dirimu sendiri,semuanya telah tertulis dlm kitab (lauh mahfuz) seblm Kami mewujudkannya...Sungguh,yg demikian itu mudah bagi Allah....Agar kamu tdk bsedih hati terhadap apa yg luput dr kamu,dan tdk pula terlalu gembira terhadap apa yg diberikanNya kpdmu...dan Allah tidak menyukai setiap org yg sombong dan membanggakan diri" (57:22-23)


Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment