Friday, 11 November 2011

Kata-kata Motivasi





                                                   السلام عليكم 

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian anda.


1.Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

2.Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
-Charles Cahier

3.Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

4.Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

5.Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

6.Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
-I. Salanter Lipkin

7.Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

8.Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

9.Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

10.Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

11.Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

12.Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

13.Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

14.Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

15.Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

16.Jika tujuan anda jelas, anda boleh mmencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

17.Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.

- Flower A. Newhouse

18.Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

19.Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

20.Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
-Peribahasa Arab

21.Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
-peribahasa Melayu

23.Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan di aberkata dselaras dengan tindakannya.
-confucius

24.Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.

No comments:

Post a Comment