Jangan bersedih kerana usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan hati anda. Oleh itu, jangan habiskan usia anda dengan kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dengan kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan dan janganlah mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.
( Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni )
( Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni )
Ibnu Umar pernah berkata : " Jika kamu hidup di waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang. Dan jika kamu hidup di waktu petang, jangan tunggu hingga ke pagi. Sediakan dirimu di masa hidup untuk bekalan waktu mati.
Kesedihan kemurungan tanganinya dgn bijaksana dgn akal yag waras dgn masa yg dianugerahkan
Kejayaan tidak akan datang bergolek, kita didik utk tidak berputus asa… kita harus bangkit dan terus bangkit mengejar cita-cita yg dahulunya kita impikan..dgn sisa waktu yg ada.. biarlah kita PERGI sebagai insan yg berjaya dunia dan akhirat.
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali..
Setiap kesedihan dan kecewaan itu jika kita hadapi dengan sabar dan redha, Allah akan menyediakan kesudahan yang terbaik kepada kita. Bukankah kita mempunyai kitab terbaik, Nabi dan Rasul kita juga dalah utusan terbaik, agama kita adalah agama tebaik dah jadikanlah kita adalah umat terbaik..insyallah janji Allah itu pasti...yakinlah..
Jika kita bersedih atas masa lalu, dan Khuatir terhadap masa depan, maka Kita tak punya kesempatan untuk mensyukuri anugrah untuk hari ini.
"Dan bertawakkallah kepada Allah Yang Hidup (Kekal) Yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa-dosa hamba-hamba-Nya, " [ Al-Furqan : 58 ]
Sifat orang beriman, sifat orang yg takut kepada Allah, sifat orang yg tunduk kepada Allah, ialah mereka yg bila ditimpa musibah atau bencana, apa pun bentuk musibah dan bencana itu, mereka berkata: 'Kita datang dari Allah, kita akan kembali kepada Allah.'
(Al-Baqarah 2: 156)
Masa itu ibarat mata pedang. Jika kita tidak memotongnya ia akanmemotong kita'. Benarlah seperti apa yang dikatakan. Jika kita tidak berusaha untuk mengejar masa yang ditetapkan mencapai sesuatu contohnya seperti IMPIAN diri, maka segalanya tiadaakan menjadi. Penangguhan dalam menetapkan atau menjalankan sesuatu pasti merugikan.Kemungkinan segala peluang yang terhidang tiada akan tercapai atas kelewatan diri sendiri…. Bersedialah…Masa hidup sebelum mati,Masa sihat sebelum sakit,Masa muda sebelum tua,Masa kaya sebelum miskin,Masa senang sebelum susah.
Insyaallah semoga dengan entri ini boleh dimanafaatkan utk kehidupan seharian agar menepati mse yg telah diperuntukkan utk kita...
Kata peribahasa masa itu emas,hargai masa denagn sebaik-baiknye,InsyaAlah
No comments:
Post a Comment