Friday 11 November 2011

Panduan Persiapan Perkhawinan Dan Hantaran


السلام عليكم 


Adakah anda akan mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini atau
mungkin ini amat berguna apabila jodoh anda telah sampai nanti? Sudahkah
anda merancang perkara \ang mesti dilakukan dan diselesaikan dalam proses
perkahwinan anda? Berikut adalah sedikit seban\ak panduan dan senarai semak
untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari perunikahan.



Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah
memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
* Cincin belah rotan. (cincin tanda)
* Wang tanda (hantaran)
*Baju sepasang atau kain
* Buah-buahan
*Kuih-muih
*Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu
bapa saudara)
 *Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si
perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
 *Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk
melamar si gadis.
 *Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain
barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
* Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak
langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki
tersebut.
 *Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
 *Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.


PADA HARI PERTUNANGAN


Cincin berlian
* Sirih junjung
* Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buahbuahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda
rancangkan.
* Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin
kepada si gadis.


MALAM BERINAI

*Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan
anda.
* Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka
yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
.
*Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan,
maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan
kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN ² ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu
tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

* Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari
kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
 *Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah
pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
 *Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan
lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
* Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian
pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet,
buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan
gambaran awal.
* Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan
yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang
disediakan sekali dengan pakaiannya)
 *Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
 *Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
* Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badanbadan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar
kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam
seluruh Malaysia)

Bagi pengantin lelaki:
 *Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika
berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari
pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
*Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badanbadan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh
Malaysia)
 *Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk
Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
 *Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah
majlis perkahwinan anda.
 *Membeli cincin kahwin.
 *Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan
khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu
hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan
tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan
tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
• Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan
kerusi, menu dan sebagainya.
• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
• Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis
pernikahan anda.
• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan
menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:
• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila
klik di sini untuk Panduan Perkahwinan ² 8. Wali Nikah) Jika anda tidak
mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan
*Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan
Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Membeli barang kemas
• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk
pengapit anda.
• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk
proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar
Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut
jika anda telah berpuashati.
• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa
majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
• Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi
yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis
perkahwinan anda nanti).

TIGA - SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lainlain hantaran.
• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi
memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui
telefon.
• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya)11/12/11 EpisodBaru | Blog Informasi Berbahasa Melayu: Hantaran Untuk Lelaki dan «
episodbaru.blogspot.com/2010/12/hantaran-untuk-lelaki-dan-perempuan.html 5/9
‡ *Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya)
anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
* Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.
*Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang
tertinggal.
 *Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
 *Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia and Bagi pengantin lelaki:
 *Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki
dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:
‡*Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis
tersebut.
* Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada
hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
* Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman
yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki:
 *Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan
anda.
 *Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada
orang yang boleh dipercayai.
* Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok
kadi.
*Cincin / gelang tangan / rantai.
* Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
*Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya
setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
* Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis
pernikahan tersebut.
 *Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal
tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh
Malaysia)
* Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu)
diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan
sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling
dan lain-lain.

PADA HARI PERKHAWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
* Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar,
mengantuk dan tidak bermaya.
 *Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa
senyum.
* Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:
* Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya
sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
 *Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:
 *Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum
pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
 *Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.
.

No comments:

Post a Comment