Sunday, 22 July 2012

.::Warkah Untuk Hawa::.




Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau
sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan
lelaki yang bukan muhrim kerana saya khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya
senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya
nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui
keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita
melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.




Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak
juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki
dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai
ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan
meny inari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi
hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang
membahagiakan dirimu.
Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan
yang juga meny intai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan
Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta
keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.


Wallahu'alam... 


No comments:

Post a Comment