Showing posts with label perjuangan. Show all posts
Showing posts with label perjuangan. Show all posts

Thursday, 11 April 2013

Komando VAT69 Terbaik Didunia






Pasukan Komando Vat 69 Malaysia adalah satu2nya pasukan didunia iaitu pasukan komando unit polis Malaysia yg mempunyai keupayaan tempur di hutan setanding pasukan komando tentera negara2 lain dengan kejayaan menawan satu kem komunis yg berkekuatan 82 pengganas pada 1975 tanpa ada kecelakaan dari pihak Unit mereka. 

Pada 2005, Lima pegawai dan 32 anggota dari Pasukan Anti-Pengganas 69 Komando Ulu Kinta telah diterbangkan ke Kukup bagi melaksanakan operasi merampas semula sebuah kapal MV Natris yg telah ditukar nama kepada MV Paulijing dipercayai dilarikan di perairan Bertam,Indonesia. Kapal tersebut telah dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin di perairan Selat Melaka setelah dilaporkan hilang pada tahun 2003. Operasi ini telah dinamakan sebagai Ops MV Paulijing. Akhirnya mereka berjaya menawan semulakapalini & dibawa pulang ke Malaysia. 

Pada 1985 pula, Vat 69 & UTK terlibat dalam satu operasi menyelamat tebusan seorang doktor dan pembantu perubatan oleh enam banduan yg bersenjata api di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. 

Enam hari kemudian, serbuan yg dijalankan berjaya membuahkan hasil apabila tebusan tersebut berjaya diselamatkan, manakala Jimmy Chua, seorang penjenayah warga Singapura yg merupakan dalang disebalik drama tebusan tersebut berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.


sumber:SINI

Thursday, 28 March 2013

Cabar Anwar, Kit Siang Tanding Di Sabah




Cabar Anwar, Kit Siang Tanding Di Sabah

LAHAD DATU –  Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pada Rabu mencabar mana-mana pemimpin pembangkang termasuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Veteran DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di Sabah pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
Beliau berkata cabaran itu dibuat memandangkan terdapat pemimpin pembangkang sebelum ini mendakwa krisis pencerobohan di Kampung Tanduo di sini adalah sandiwara daripada kerajaan Barisan Nasional.
“Jika mereka berani, bertandinglah di sini. Rakyat Sabah tahu siapa yang memperjuangkan nasib mereka selama ini dan bukannya seperti pemimpin pembangkang yang turun padang hanya untuk meraih undi dan merayu simpati.
“Pengundi termasuk masyarakat Cina mahu pun yang bukan Islam sentiasa menyokong kepimpinan yang sedia ada ini. Atas dasar itu, saya mencabar pembangkang untuk bertanding di Sabah. Kita tengok sama ada mereka ini berani atau hebat ke tidak,” katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

SUMBER:SINI

Tuesday, 5 February 2013

30 Tahun Berjihad Akhirnya Menemui Syahid di Syria


Selepas menghabiskan tiga dekad dalam hidupnya terlibat dalam Jihad di Afghanistan, Bosnia dan Hezergovina serta Kashmir, Abdul Aziz Al-Jeghaiman,mujahid berasal dari Arab Saudi menemui syahid (insya Allah) di Idlib, Syria, pada awal tahun Islam(Muharram)akibat pengeboman besar-besaran oleh tentera rejim Syiah Bashar Assad.

Al-Jeghaiman, seorang pemuda bijak, pernah ditawarkan menjadi pembantu pengajar di Universiti King Faisal pada tahun 1980-an, tetapi dia lebih memilih untuk pergi ke Afghanistan untuk berjihad bersama para pemuda Saudi dan Arab yang lain.

Sumber menceritakan kepada Al-Hayat bahawa Al-Jeghaiman bahkan memimpin barisan hadapan pasukan Mujahidin ketika itu dalam waktu yang lama dan meninggalkan negara itu ketika perang berakhir.

Kemudian, ketika perang meletus di Bosnia, pemuda gagah berani itu bertolak ke sana untuk berjihad bersama-sama kaum Muslimin di sana.

Dia menetap di sana sehingga perang berakhir. Kerana tidak pernah puas dengan Jihad, dia memutuskan pergi ke Kashmir dan bergabung dengan barisan Mujahidin Kashmir. Konflik di Kashmir yang sangat rumit, membuatnya memutuskan untuk meninggalkan Kashmir.

Setelah itu dia pergi ke Syria pada 2002, takdir mengharuskannya ditangkap dan dipenjara selama dua tahun. Al-Jeghaiman dibebaskan pada 2004 melalui orang tengah dari Arab Saudi.

Selepas dibebaskan dia kembali ke Arab Saudi dan menetap di sana. Ketika sebahagian pemuda pergi ke Iraq pada saat pencerobohan AS, namun Al-Jeghaiman memilih tidak pergi.

Tetapi dia memilih untuk masuk ke Syria lagi pada 2011 dan bergabung dengan para Mujahidin di sana untuk mengejar cita-citanya di jalan Allah. Dia tidak akan kembali lagi hingga menemui syahid di negeri Syam itu.

Mendengar kesyahidan Al-Jeghaiman, orang-orang di Al-Ahsa iaitu tempat asalnya bergembira bahawa dia menemui syahid ketika sedang berjihad dengan para Mujahidin Syria. Keluarganya hanya mengatakan bahawa siapa sahaja yang ingin menyampaikan takziah, mereka harus pergi ke rumah ibunya.

Menurut sumber yang terdekat dengan keluarganya, Al-Jeghaiman adalah seorang pemuda yang selalu menginginkan mati syahid.

Semoga Allah merahmatinya dan memasukkannya ke dalam Jannah-Nya.

Mujahiddin Jabhah Nushrah menentang rejim Syiah Assad dicop sebagai pengganas oleh Amerika. Puak-puak syiah di Malaysia begitu membela rejim syiah Assad. Hujah paling popular mereka ialah mujahid-mujahid di Syria ditaja oleh Amerika untuk menjatuhkan rejim Syiah Assad. Apa pula  reaksi puak-puak syiah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Syiah Melayu yang menganuti agama tersebut berkenaan Mujahiddin Jabhah Nushrah yang telah disenaraikaan oleh laknatullah Amerika sebagai pengganas? 





Sunday, 9 December 2012

Terkini:Rakyat Syria Yang Menjadi Pelarian di Sempadan Turki-Syria



TERKINI :




Gambar ini menunjukkan suasana rakyat Syria yang terpaksa menjadi pelarian di sempadan Turki-Syria akibat kekejaman rejim Basyar.


Dan kini di Turki juga telah memasuki musim sejuk sebagaimana di Syria. Lihatlah betapa tebal salji yang turun di tempat tinggal mereka dalam keadaan mereka kekurangan baju sejuk dan sebagainya.

Sabarlah wahai ahli Syria, sesungguhnya kamu telah dijanjikan kemenangan. Doakan mereka.

 — 

Monday, 18 June 2012

Tentera Kanak-Kanak Gaza Dalam Latihan (7 Gambar)

Demi untuk mejaga keamanan Palestin dari pihak musuh, kanak-kanak ini dilatih dari awal lagi.




Mereka juga telah diajar cara mengenali musuh untuk mempertahankan tanah bumi mereka!



Read more: http://rilekslah.com/

Saturday, 19 May 2012

::.Kisah Salman Al-Farisi R.a. dalam Mencari Kebenaran BerAgama..

 






Ketika Salman berusia muda remaja, beliau r.a tinggal bersama ibubapanya di Parsi. Mereka sekeluarga menganut agama Majusi yang menyembah api yang dianggap sebagai tuhan mereka.



Setiap pagi, beliau diarah untuk menyalakan api sembahan tersebut dan memastikan api itu tidak padam. Naluri fitrahnya yang berhajatkan kepada pengharapan terhadap sesuatu kuasa yang lebih kuat daripada kudratnya itu sangat menebal, menjadikan beliau seorang yang taat beragama dan bersungguh-sungguh dalam melakukan upacara keagamaan.

Sehinggalah beliau tertarik kepada agama Nasrani, kerana dalam perjalanan dari rumah beliau ke tempat nyalaan api tersebut, terdapat sebuah gereja nasrani. Lalu, melihatkan cara paderi-paderi di dalam gereja tersebut bersembahyang, beliau menjadi sangat tertarik.

" Ini lebih baik daripada agama yang aku anuti sekarang..", fikirnya.

Dengan itu, dia berhajat untuk berhijrah jauh untuk mencari kebenaran, walaupun ditentang hebat oleh ayahnya.

" Tidak ! Agama ( majusi ) kamu inilah yang terbaik. ! "

Dan beliau membalas., " Bukan.! Aku mahu mengembara mencari kebenaran. ". Ayahnya menjadi amat takut dengan kata-kata beliau itu.

Lalu, secara diam-diam beliau meninggalkan rumahnya menuju ke negeri Syam, untuk mendekati agama nasrani. Sesampainya beliau disana, segera beliau bertanya.

" Siapa manusia yang terbaik di dalam agama ini.?! "

" Di dalam gereja sana., ada seorang paderi yang terbaik bagi agama ini. "

Kemudian., beliau berkhidmat dan melaziminya, sehinggalah terserlah kepada beliau keburukan paderi tersebut, antaranya, paderi tersebut mengambil sedekah yang diinfakkan pada jalan ALLAH, dan menggunakannya untuk kepentingan dirinya sendiri.

Setelah paderi tersebut mati, beliau melazimi dan berkhidmat kepada paderi yang lain pula, yang mana beliau tidak pernah memandang seorang yang lebih zuhud daripadanya, sehinggalah ajal menghampiri paderi tersebut, beliau bertanya.

" Wahai tuan., kepada siapa kamu mewasiatkan aku..? Dan apa yang kamu suruh aku lakukan sekarang ? "

Berkatalah paderi yang zuhud tersebut, " Anakku, demi ALLAH , aku tidak tahu samada masih ada lagikah yang betul-betul berpegang dengan pegangan kita sekarang ini, tapi aku tahu disana akan diutuskan seorang Nabi dengan agama Nabi Ibrahim a.s , kemudian berhijrah ke bumi yang ada padanya pohon-pohon kurma. Dan tanda-tandanya ialah, dia tidak memakan sedekah tetapi dia memakan hadiah, dan diantara belakang kedua-dua bahunya, ada tanda kenabian ( Khatumun Nubuwwah ).

Kemudian beliau berhijrah sehinggalah beliau memasuki bumi yang terdapat banyak pohon-pohon kurma di dalamnya ( Madinah, atau ketika itu disebut dengan nama, Yathrib ). Selepas itu, sampai kepadanya berita tentang bahawa orang ramai sedang berkumpul di Quba` kerana, telah datang seorang yang mendakwa dirinya seorang Nabi.

Sebaik sahaja mendengar berita itu , beliau mengumpulkan buah tamar untuk diberikan kepadanya, dan beliau datang kepada nya pada petang tersebut dengan membawa tamar tersebut.

" Sesungguh sudah datang berita kepada bahawa kamu ini seorang lelaki yang soleh, dan bersama kamu sahabat-sahabat yang terasing yang memerlukan hajat. Dan ini ada sedikit sedekah, dan aku lihat kamu berhak kepadanya. "

Lalu, beliau memerhatinya. RasuluLLAH s.a.w pada ketika itu menolak tamar itu kepada sahabat-sahabat yang berada disekelilingnya. Dan Baginda s.a.w tidak memakannya.

Kemudian, Salman Al-Farisi r.a itu datang lagi membawa tamar yang lain pula, dan berkata

" Sesungguhnya aku melihat kamu tidak memakan sedekah, dan ini adalah hadiah untuk kamu, aku muliakan kamu dengannya. ", lalu RasuluLLAH s.a.w menyuapkan tamar itu kedalan mulut baginda s.a.w..

Beberapa hari, Salman Al-Farisi memerhati setiap gerak laku Baginda s.a.w., sehinggalah terserlah tanda yang ketiga dan terakhir yang disebut oleh paderi sebelum ini, iaitu dibahagian belakang antara dua bahu baginda s.a.w itu terdapat tanda kenabian ( Khatamun Nubuwwah ).

Setelah jelas segala tanda-tanda tersebut, Salman Al-Farisi segera menundukkan kepala dan memeluk RasuluLLAH s.a.w sambil menangis.


" Apakah hal kamu..? " tanya RasuluLLAH s.a.w. Kemudian Salman Al-Farisi menceritakan segala kisahnya, kemudian memeluk agama suci ISLAM, dengan mengucap dua kalimah syahadah.

Sunday, 29 April 2012

Senyuman Ulama'


Salah seorang ulama' Syria As-Syaikh Al-Muqri' Al-Hafiz Al-Jami' Abu Al-Hasan Al-Kurdi beberapa saat selepas wafat...hebat senyuman yg menyimpan 1 juta rahsia.

ya Allah semoga engkau jadikan kami sperti beliau... ameen...Alfatihah 


Thursday, 26 April 2012

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED


-Umur - 53 tahun 
-Pendidikan - SPM
-Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
-Kekayaan -RM1,425 juta
-Ke 7 terkaya di Malaysia
-Ke 32 terkaya di Asia

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal।

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951। Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya। Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan 

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi। Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga। Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira। Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut। Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual। Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan। Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya। Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras। Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar।

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas। Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan। Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus। Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula। Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn। Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan। Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn। Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn। Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China। Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan। Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian। Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile। Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan। Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak। Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah। Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn। Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas।

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn। Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan 

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)। Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan। Manakala 18।7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.



Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban। Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan। Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004। Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan।

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah। Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1।67 bilion.

Info ini diambil darI:http://mokhtaralbukhary.blogspot.com/

Monday, 2 April 2012

Redhakan Diriku Tuhan

Redhakan Diriku Tuhan


Setiap kali mata terpejam
Keesokan paginya?,
Terbuka luas menghayati keindahan alam ciptaan!
Namun rupanya???
Segala nikmat yang banyak di hadapan mata..!
Kadang kala mampu membuatku alpa dengan pemberi-Nya.

Redhakan diriku Tuhan...
Bukan sekali aku lalai mengingati-Mu!
Besar yang teramat penyesalanku kerna walauku tahu akan keberadaan-Mu?,
Namun, masih lagi tegah untuk mengikut hawa nafsu!!!
Antara cahaya dan kegelapan, membuatku lebih selesa berada ditengahnya.
Malah pernah juga aku teraba-raba tanpa arah!

Redhakan diriku Tuhan...
Masa semakin menjemputku pulang ke pangkuan-Mu.
Mana mungkin akal warasku terus-terusan bergelumung dengan kealpaan ini!
Ya Tuhan…
Sungguh beruntung mereka yang sering menyucikan diri
Pabila berbuat noda dan dosa, cepat tersedar dan merebahkan diri!
Sujud kepadaMu...
Merintih memohon diberikan restu!
Agar hidup lebih bermakna...
Agar perasaan lebih terasa kehadiran-Nya dalam semua perkara.

Redhakan diriku Tuhan...
Supaya hatiku sentiasa tenang kerana rindu pada-Mu!
Cintakan pada yang Kau cintai, dan bencikan pada segala yang Kau benci.

sumber:SINI

Monday, 26 March 2012

****SYAIR PENYULUH KEGELAPAN HATI****






*Ini syair penyuluh kegelapan.
*Untuk di baca saudara seiman.
*Supaya hati dapatkan kedamaian.
*Supaya kita di tetapkan keimanan.

*Mari dekat mari mendekat.
*Kalimat di sini penuh nasihat.
*Bukanlah kalimah ajaran sesat.
*Resapi! bacalah hingga habis dan tamat!.

*Kita ini umat Rosul Muhammad.
*Pengemban al qur'an yang penuh berkat.
*Tiadalah resah ,tiadalah kita sesat.
*Asal kita ikut ajaran yang tercatat.

*Kegelapan telah pun sirna.
*Semenjak datangnya sang baginda.
*Tiada rosul lain derajat setara.
*Rosul muhammad jadikan idola.

*Ulama datang sebagai penerus nabi.
*Tiadalah mereka bohong ilmu yang di beri.
*Tutur kata mereka mari pusakai di hati.
*Jalan yang tempuh mari kita ikuti.

*Ingatlah,ingat kita di dunia ini,
*Hanya singgah ambil air di kali.
*Jangan lupa kehidupan masa nanti.
*Akhiratlah tempat kita kembali.

*Sembahyang yang lima jangan di abaikan.
*Kalau tak mahu jadi temannya syaitan.
*Yang sunat pun usahakan jadi tambahan.
*Supaya berat timbangan amalan.

*Banyakkan sholawat atas nabi.
*Andai mengharap syafaatnya nanti.
*Di dunia pun engkau akan di berkati.
*Di padang makhsar wajah bagai mentari.

*Kukuhkan tekat ,tebalkan keimanan.
*Amal kebajikan jadikan kebiasaan
*Impikan surga yang di sediakan.
*Penjaga sopan bernama Ridwan.

*Mari sobat mari sahabat.
*Salam ukhuwah kita pererat.
*Nasihat saling menasihat.
*Insya ALLAH ,hidup penuh berkat.

*Rasanya sudah ingin ku akhiri.
*Syair penyuluh kegelapan hati.
*Jikalau ada kalimah menyalahi.
*Kemaafan mohon di beri.

*Ya ALLAH,Ya Tuhan penguasa timur hingga barat.
*Kurniakan lah kami petunjuk diri agar kami tidak sesat.
*Selamatkan kami dari kejahatan diri sendiri & syaitan laknat.
*Sibukkanlah kami dengan mengingati-MU dengan penuh taat.
*Pisahkanlah kami dari semua yang menghalangi kami untuk mendekat.
*Berilah kami dorongan agar mengingati-MU ,dengan penuh semangat.
**Aamiin aamiin ya Robbalalaamiin**

Salam ukhuwah sen^___yum selalu dari saya


ANDA INGIN BERAMAL SHOLEH ! SEBARKAN PADA SAHABAT SEIMAN !

Semoga kalimah nasihat ini bermanfaat,aamiin

Thursday, 8 March 2012

Ustaz Don Cetus Fenomena!


Kehadiran stesen televisyen Islamik pertama di Malaysia, TV AlHijrah nampaknya agak lambat diterima oleh para penonton di negara ini.
Namun ia bukanlah sesuatu yang menghairankan, ini kerana selain daripada agak lewat memasuki salah satu saluran di Astro, kandungannya yang 100 peratus bercorak Islamik pasti sukar menarik perhatian golongan muda.
Namun dari hari ke hari TV AlHijrah berusaha keras untuk membuktikan bahawa semua itu bukanlah satu halangan besar buat mereka untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan stesen penyiaran lain.
Dan akhirnya dengan tanpa disangka, keputusan mereka untuk menampilkan seorang ustaz muda yang bernama Don Danial Don Biyajid, benar-benar telah mencetuskan fenomena baru dalam industri penyiaran tempatan.
Penampilan ‘sempoi’ dan bersahaja Ustaz Don dalam rancangan ” Program 30 Minit Ustaz Don ” berjaya menarik rating yang begitu tinggi dan mula mengumpul ribuan peminatnya yang tersendiri. Bilangan pengikutnya di Facebook juga semakin bertambah hari demi hari
Rancangan ini mula disiarkan di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu.
Program 30 Minit Ustaz Don ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif.
Ia memfokus dua perkara penting untuk golongan iaitu Bicara Fardu Ain dan al-Quran secara santai
Dalam program berkenaan, Ustaz Don berjaya memberi satu nafas baru dengan corak persembahan yang pelbagai untuk lari dari lingkungan dan suasana pembelajaran madrasah yang lazimnya, serius, kurang jenaka dan ‘berat’.
Ustaz Don juga tidak lari daripada lingkungan budaya ilmu walaupun cara dan kaedah yang disampaikan adalah mesra penonton, sangat ‘hidup’, bersahaja, tidak bergantung sepenuhnya kepada skrip.
Dengan wajah yang sentiasa tersenyum dan ceria, ternyata Ustaz Don berjaya mencetus satu fenomena dalam dunia penyebaran dakwah di negara ini.
Siapa kata orang muda tak pandai berdakwah? (mynewshub.my)

Sunday, 4 March 2012

Islam Itu Kasih, Islam Itu Sayang, Islam Itu Cinta


Setiap individu yang berperasaan pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu. Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati setiap insan, dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian. Dalam Islam, cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini kerana Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta.

Sabda Rasullulah s.a.w.: "Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapat manisnya iman, yakni: Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang lain; mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka" (HR. Bukhari dan Muslim)

Oleh yang demikian, Islam menyeru kepada cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada agama, cinta kepada akidah, juga cinta kepada makhluk, sepertimana Allah menjadikan kecintaan suami isteri sebagai sebahagian tanda dan bukti kekuasaanNya.



FirmanNya: "Dan di antara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari kalangan kamu sendiri, supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Dan dijadikanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sesungguhnya, yang demikian itu tanda bagi orang yang berfikir." (Ar-Rum: 21)

Bagaimana perasaan ketakutan, keraguan dan sukar mengambil atau membuat keputusan ini wujud dalam diri seseorang? Ketakutan membuat keputusan ini sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada kita tanpa disedari. Perasaan ini adakalanya tersembunyi di sebalik alam bawah sedar kita dan ini amat menyulitkan kita untuk mengesan dan mengatasinya.

Jelaslah bahawa cinta adalah tanda kehidupan rohani dalam akidah orang mukmin, sama ada dalam kehidupan beragama, bersosial, mahupun kepercayaan. Selain itu, iman dalam Islam ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang.

Rasulullah saw bersabda: "Demi Dzat yang diriku ada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna hingga kamu saling mencintai. Hendakkah aku tunjukkan kalian kepada sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian." (HR Muslim)

Dalam hadis di atas, Rasullulah s.a.w. menegaskan bahawa jalan menuju ke syurga bergantung kepada iman, dan iman bergantung kepada cinta. Maka cinta adalah syarat dalam iman, rukun dalam akidah, dan asas dalam agama. Cinta dalam Islam adalah kaedah dan sistem yang mempunyai batas. Ia adalah penunjuk ke arah mendidik jiwa, membersihkan akhlak serta mencegah atau melindungi diri daripada dosa-dosa. Cinta dapat membimbing jiwa agar bersinar cemerlang, penuh dengan perasaan cinta dan dicintai. 

Sumber diolah: Komuniti VF


Sumber Asal: I HASRULHASSAN.COM™ 

Tuesday, 28 February 2012

Kitab Injil 1,500 Tahun Ditemui


Kerajaan Selangor Mahu Tahu Hasil Siasatan JAIS
ANKARA – Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.
Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.
Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

10 Pesanan Imam Shafie Yang Perlu Diikuti



Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara: 

~✿..Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

~✿..Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

~✿..Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

~✿..Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

~✿..Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

~✿..Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

~✿..Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

~✿..Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

~✿..Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

~✿..Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.