Saturday, 19 May 2012

::.Kisah Salman Al-Farisi R.a. dalam Mencari Kebenaran BerAgama..

 






Ketika Salman berusia muda remaja, beliau r.a tinggal bersama ibubapanya di Parsi. Mereka sekeluarga menganut agama Majusi yang menyembah api yang dianggap sebagai tuhan mereka.



Setiap pagi, beliau diarah untuk menyalakan api sembahan tersebut dan memastikan api itu tidak padam. Naluri fitrahnya yang berhajatkan kepada pengharapan terhadap sesuatu kuasa yang lebih kuat daripada kudratnya itu sangat menebal, menjadikan beliau seorang yang taat beragama dan bersungguh-sungguh dalam melakukan upacara keagamaan.

Sehinggalah beliau tertarik kepada agama Nasrani, kerana dalam perjalanan dari rumah beliau ke tempat nyalaan api tersebut, terdapat sebuah gereja nasrani. Lalu, melihatkan cara paderi-paderi di dalam gereja tersebut bersembahyang, beliau menjadi sangat tertarik.

" Ini lebih baik daripada agama yang aku anuti sekarang..", fikirnya.

Dengan itu, dia berhajat untuk berhijrah jauh untuk mencari kebenaran, walaupun ditentang hebat oleh ayahnya.

" Tidak ! Agama ( majusi ) kamu inilah yang terbaik. ! "

Dan beliau membalas., " Bukan.! Aku mahu mengembara mencari kebenaran. ". Ayahnya menjadi amat takut dengan kata-kata beliau itu.

Lalu, secara diam-diam beliau meninggalkan rumahnya menuju ke negeri Syam, untuk mendekati agama nasrani. Sesampainya beliau disana, segera beliau bertanya.

" Siapa manusia yang terbaik di dalam agama ini.?! "

" Di dalam gereja sana., ada seorang paderi yang terbaik bagi agama ini. "

Kemudian., beliau berkhidmat dan melaziminya, sehinggalah terserlah kepada beliau keburukan paderi tersebut, antaranya, paderi tersebut mengambil sedekah yang diinfakkan pada jalan ALLAH, dan menggunakannya untuk kepentingan dirinya sendiri.

Setelah paderi tersebut mati, beliau melazimi dan berkhidmat kepada paderi yang lain pula, yang mana beliau tidak pernah memandang seorang yang lebih zuhud daripadanya, sehinggalah ajal menghampiri paderi tersebut, beliau bertanya.

" Wahai tuan., kepada siapa kamu mewasiatkan aku..? Dan apa yang kamu suruh aku lakukan sekarang ? "

Berkatalah paderi yang zuhud tersebut, " Anakku, demi ALLAH , aku tidak tahu samada masih ada lagikah yang betul-betul berpegang dengan pegangan kita sekarang ini, tapi aku tahu disana akan diutuskan seorang Nabi dengan agama Nabi Ibrahim a.s , kemudian berhijrah ke bumi yang ada padanya pohon-pohon kurma. Dan tanda-tandanya ialah, dia tidak memakan sedekah tetapi dia memakan hadiah, dan diantara belakang kedua-dua bahunya, ada tanda kenabian ( Khatumun Nubuwwah ).

Kemudian beliau berhijrah sehinggalah beliau memasuki bumi yang terdapat banyak pohon-pohon kurma di dalamnya ( Madinah, atau ketika itu disebut dengan nama, Yathrib ). Selepas itu, sampai kepadanya berita tentang bahawa orang ramai sedang berkumpul di Quba` kerana, telah datang seorang yang mendakwa dirinya seorang Nabi.

Sebaik sahaja mendengar berita itu , beliau mengumpulkan buah tamar untuk diberikan kepadanya, dan beliau datang kepada nya pada petang tersebut dengan membawa tamar tersebut.

" Sesungguh sudah datang berita kepada bahawa kamu ini seorang lelaki yang soleh, dan bersama kamu sahabat-sahabat yang terasing yang memerlukan hajat. Dan ini ada sedikit sedekah, dan aku lihat kamu berhak kepadanya. "

Lalu, beliau memerhatinya. RasuluLLAH s.a.w pada ketika itu menolak tamar itu kepada sahabat-sahabat yang berada disekelilingnya. Dan Baginda s.a.w tidak memakannya.

Kemudian, Salman Al-Farisi r.a itu datang lagi membawa tamar yang lain pula, dan berkata

" Sesungguhnya aku melihat kamu tidak memakan sedekah, dan ini adalah hadiah untuk kamu, aku muliakan kamu dengannya. ", lalu RasuluLLAH s.a.w menyuapkan tamar itu kedalan mulut baginda s.a.w..

Beberapa hari, Salman Al-Farisi memerhati setiap gerak laku Baginda s.a.w., sehinggalah terserlah tanda yang ketiga dan terakhir yang disebut oleh paderi sebelum ini, iaitu dibahagian belakang antara dua bahu baginda s.a.w itu terdapat tanda kenabian ( Khatamun Nubuwwah ).

Setelah jelas segala tanda-tanda tersebut, Salman Al-Farisi segera menundukkan kepala dan memeluk RasuluLLAH s.a.w sambil menangis.


" Apakah hal kamu..? " tanya RasuluLLAH s.a.w. Kemudian Salman Al-Farisi menceritakan segala kisahnya, kemudian memeluk agama suci ISLAM, dengan mengucap dua kalimah syahadah.

.::Untungnya Jadi Wanita::.


1.) Dia bekerja dengan Tuhan..jadi 'kilang 'manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati , tapi  cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid..

Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami : seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA........

sumber : Facebook

Thursday, 17 May 2012

.::Tips Mudah Turunkan Tekanan Darah::.

AssalamualaikumWBT ,

Kesihatan adalah sesuatu yang penting dlam hidup kita ,kaya macam manapun seseorang itu tidak akan bahagia kalau mengalami peyakit .Maka pengamalan  gaya hidup sihat dalam kehidupan kita seharian amatlah penting.


Salah satu penyakit yang kita khuatirkan dan sedia maklum ialah Tekanan darah tinggi.Tekanan darah tinggi ini juga dikatakan penyakit berangkai yang dikaitkan dengan kencing manis serta sakit jantung.  Kali ini, saya ingin kongsikan mengenai cara mudah bagi menurunkan tekanan darah.

Petuanya ialah kunyahlah beberapa biji kismis. Kismis adalah manisan semulajadi yang amat berkhasiat. Ia tiada kolestrol dan lemak serta rendah kandungan garamnya. Kismis membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan bahan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin (B1, B3 dan B6). Segenggam kismis (lebih kurang 60 biji) mengandungi 1 gram serat dan 212 miligram potasium. Komposisi ini adalah berpadanan dengan saranan Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH).

Kismis juga merupakan makanan kegemaran Nabi.Biarpun saiznya kecil,namun manfaatnya cukup besar sehinggakan Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah bersabda,"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi,maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".


 Selain menguatkan ingatan, kismis juga boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
Polifenol, sejenis antioksidan yang kuat terkandung di dalam makanan berasaskan anggur seperti kismis dan jus boleh mendatangkan kesan yang baik darisegi
kesihatan kardiovaskular seseorang termasuk menurunkan tekanan darah.


Selamat mencuba.

Sunday, 13 May 2012

Pengorbanan Seorang Kekasih

Kisah yang ingin dikisahkan ini, merupakan sebuah kisah luahan perasaan, sedih dan pengalaman seorang lelaki bernama Boyfriend. Saya petik kisah ini daripada sebuah forum semasa tersesat menggoogle isu-isu semasa. Bagi aku, kisah ini patut di ambil iktibar oleh mereka yg hangat dilamun shinta.Pengorbanan Seorang Kekasih 
nak tahu apa kisahnya...? JOM

"abg...tlg dtg umah segera, urgent".
Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main
permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga... Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina
yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak
tahu, kalau tidak naya. Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi.
Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura
kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak.. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu. Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit
"Ina, Ina".
Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina.. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam
sendu. "hu...hu..."

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apa pun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk mana pun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina LAPAR, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi. Belanjan Ina dulu, boleh bang" suara Ina lemah sambil tangannya mengusap-usap perutnya sedang berbunyi kelaparan.

p/s: demikianlah kisah pengorbanan seorang boyfriend terhadap kekasihnya. Lepas baca, sila beri komen hehe..

sumber:SINI

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang



Hiasan
Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.



Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.


sumber:SINI

Saturday, 12 May 2012

Apakah Hukum Sambut Hari Ibu?? Mari Kita Bersama Mengetahui

Assalamualaikum ,



        Ramai antara kita rakyat di Malaysia yang menyambut hari Ibu yang di raikan  setiap  tahun pada bulan Mei ahad minggu kedua.Persoalannya dari manakah asal usul Sambutan hari Ibu ini ,adakah ia ajaran Islam ?? jawapannya  sama sekali TIDAK,Ia bukan ajaran Islam .Hukum menyambutnya  adalah HARAM .


Untuk mengetahu lebih lanjut ,Mari kita sama-sama mendengar apa kata Ustaz Azhar idrus ,seorang Ulama yang cukup terkenal dan di kasihi rakyat .




Semoga kita semua dapat penjelasan dan kefahaman  tentang isu ini .Bagi saya sambutan Hari Ibu adalah setiap hari ,Bukan nak sambut hanya sekali setahun seperti yang di rayakan orang Kristian .Ingat !!SETIAP HARI  adalah hari Ibu ,jasa Ibu terlau tinggi dan agung ,tak dpt kita mambalas jasa ibu  walau  setitik air susu nya ,Subhanallah .


 Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.”


 Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata: “Pada suatu hari seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, memohon izin untuk ikut berjihad bersama Baginda. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: “Adakah orang tuamu masih hidup?” Jawabnya: “Ya, mereka masih hidup.” Rasulullah SAW bersabda: “Ðalam diri orang tuamu itulah terdapat nilai jihad.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Dalam satu Kisah ,berlaku pada zaman Rasulullah saw,Ðalam suatu musim haji, kelihatan seorang pemuda sedang mengelilingi Kaabah sambil mendukung seorang perempuan tua di belakangnya. Wanita tua itu kelihatan uzur sekali. Ðia adalah ibu kepada pemuda itu dan kedua-dua orang tuanya sedang mengerjakan ibadah haji. Sambil berjalan mengelilingi Kaabah, pemuda itu berkata kepada ibunya, “Sebenarnya saya adalah kenderaan yang tidak pernah ada perasaan takut ataupun menyusahkan tuannya. Kalau unta-unta yang dikenderai manusia akan berlari bertempiaran apabila takutkan sesuatu, tetapi saya sebagai kenderaan ibu, saya tidak akan lari. Ibu telah melahirkan saya menyusukan saya. Pengorbanan ibu sangat besar.”

Secara kebetulan sewaktu pemuda itu mendukung ibunya, seorang sahabat Nabi Muhammad SAW bernama Ibnu Abbas sedang berada di situ. Pemuda itu bertanya kepada Ibnu Abbas, “Adakah tuan melihat saya ini anak yang sudah membalas jasa ibu saya?” Ibnu Abbas menjawab, “Belum. Saudara belum dapat membalas jasa ibu saudara apabila dibandingkan sewaktu dia sakit melahirkan saudara dahulu.”

Mendengarkan penjelasan Ibnu Abbas, pemuda itu diam seketika. Ðia menyedari dia tidak mampu membalas segala jasa ibu kepadanya. Lalu dia meneruskan tugasnya itu sehingga selesai mengerjakan ibadah haji itu. Pengorbanan ibu bapa amat besar nilainya. Ianya tidak mampu dibalas dengan apa bentuk pengorbanan yang kita lakukan. Berdoalah kepada Allah Taala agar Ðia akan mengampunkan segala kesalahan kedua ibu bapa serta memberi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.



Subhanallah ,semoga kita termasuk dalam golongan hamba2 Allah yang di beri petunjuk ,Ameen 

Anda Rasa Kecewa ,Berdamailah Dengan Takdir




Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini,
"Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata."


Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma 'sekerat', kudrat kita terhad. Mana mungkin kita
dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri.
Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.


Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikan-Nya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu. Ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabi'e nya.


Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk 'berkelahi' dengan takdir. Kita tidak menerima 'warna-warni' kehidupan seadanya.


Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.
Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. 


Kita tidak berkata, "Sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga." Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk 'bersahabat' dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita menikmati alam seperti seadanya. Akur kepada Pencipta senja.


Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan 'lukisan takdir' pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah.
Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?


Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah. Malah, kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran.


Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nanti hasilnya, katakan pada diri, "Aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik."


Jika yang diharapkan berlaku, maka bersyukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka maka bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.


Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdir-Nya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stress keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah. Allah tidak akan mengecewakan kita.


sumber:http://www.rileksantai.com