Saturday, 19 May 2012

::.Kisah Salman Al-Farisi R.a. dalam Mencari Kebenaran BerAgama..

 






Ketika Salman berusia muda remaja, beliau r.a tinggal bersama ibubapanya di Parsi. Mereka sekeluarga menganut agama Majusi yang menyembah api yang dianggap sebagai tuhan mereka.



Setiap pagi, beliau diarah untuk menyalakan api sembahan tersebut dan memastikan api itu tidak padam. Naluri fitrahnya yang berhajatkan kepada pengharapan terhadap sesuatu kuasa yang lebih kuat daripada kudratnya itu sangat menebal, menjadikan beliau seorang yang taat beragama dan bersungguh-sungguh dalam melakukan upacara keagamaan.

Sehinggalah beliau tertarik kepada agama Nasrani, kerana dalam perjalanan dari rumah beliau ke tempat nyalaan api tersebut, terdapat sebuah gereja nasrani. Lalu, melihatkan cara paderi-paderi di dalam gereja tersebut bersembahyang, beliau menjadi sangat tertarik.

" Ini lebih baik daripada agama yang aku anuti sekarang..", fikirnya.

Dengan itu, dia berhajat untuk berhijrah jauh untuk mencari kebenaran, walaupun ditentang hebat oleh ayahnya.

" Tidak ! Agama ( majusi ) kamu inilah yang terbaik. ! "

Dan beliau membalas., " Bukan.! Aku mahu mengembara mencari kebenaran. ". Ayahnya menjadi amat takut dengan kata-kata beliau itu.

Lalu, secara diam-diam beliau meninggalkan rumahnya menuju ke negeri Syam, untuk mendekati agama nasrani. Sesampainya beliau disana, segera beliau bertanya.

" Siapa manusia yang terbaik di dalam agama ini.?! "

" Di dalam gereja sana., ada seorang paderi yang terbaik bagi agama ini. "

Kemudian., beliau berkhidmat dan melaziminya, sehinggalah terserlah kepada beliau keburukan paderi tersebut, antaranya, paderi tersebut mengambil sedekah yang diinfakkan pada jalan ALLAH, dan menggunakannya untuk kepentingan dirinya sendiri.

Setelah paderi tersebut mati, beliau melazimi dan berkhidmat kepada paderi yang lain pula, yang mana beliau tidak pernah memandang seorang yang lebih zuhud daripadanya, sehinggalah ajal menghampiri paderi tersebut, beliau bertanya.

" Wahai tuan., kepada siapa kamu mewasiatkan aku..? Dan apa yang kamu suruh aku lakukan sekarang ? "

Berkatalah paderi yang zuhud tersebut, " Anakku, demi ALLAH , aku tidak tahu samada masih ada lagikah yang betul-betul berpegang dengan pegangan kita sekarang ini, tapi aku tahu disana akan diutuskan seorang Nabi dengan agama Nabi Ibrahim a.s , kemudian berhijrah ke bumi yang ada padanya pohon-pohon kurma. Dan tanda-tandanya ialah, dia tidak memakan sedekah tetapi dia memakan hadiah, dan diantara belakang kedua-dua bahunya, ada tanda kenabian ( Khatumun Nubuwwah ).

Kemudian beliau berhijrah sehinggalah beliau memasuki bumi yang terdapat banyak pohon-pohon kurma di dalamnya ( Madinah, atau ketika itu disebut dengan nama, Yathrib ). Selepas itu, sampai kepadanya berita tentang bahawa orang ramai sedang berkumpul di Quba` kerana, telah datang seorang yang mendakwa dirinya seorang Nabi.

Sebaik sahaja mendengar berita itu , beliau mengumpulkan buah tamar untuk diberikan kepadanya, dan beliau datang kepada nya pada petang tersebut dengan membawa tamar tersebut.

" Sesungguh sudah datang berita kepada bahawa kamu ini seorang lelaki yang soleh, dan bersama kamu sahabat-sahabat yang terasing yang memerlukan hajat. Dan ini ada sedikit sedekah, dan aku lihat kamu berhak kepadanya. "

Lalu, beliau memerhatinya. RasuluLLAH s.a.w pada ketika itu menolak tamar itu kepada sahabat-sahabat yang berada disekelilingnya. Dan Baginda s.a.w tidak memakannya.

Kemudian, Salman Al-Farisi r.a itu datang lagi membawa tamar yang lain pula, dan berkata

" Sesungguhnya aku melihat kamu tidak memakan sedekah, dan ini adalah hadiah untuk kamu, aku muliakan kamu dengannya. ", lalu RasuluLLAH s.a.w menyuapkan tamar itu kedalan mulut baginda s.a.w..

Beberapa hari, Salman Al-Farisi memerhati setiap gerak laku Baginda s.a.w., sehinggalah terserlah tanda yang ketiga dan terakhir yang disebut oleh paderi sebelum ini, iaitu dibahagian belakang antara dua bahu baginda s.a.w itu terdapat tanda kenabian ( Khatamun Nubuwwah ).

Setelah jelas segala tanda-tanda tersebut, Salman Al-Farisi segera menundukkan kepala dan memeluk RasuluLLAH s.a.w sambil menangis.


" Apakah hal kamu..? " tanya RasuluLLAH s.a.w. Kemudian Salman Al-Farisi menceritakan segala kisahnya, kemudian memeluk agama suci ISLAM, dengan mengucap dua kalimah syahadah.

No comments:

Post a Comment