Tuesday, 11 September 2012

Awak tak bodoh , Semua orang genius.


Suatu hari, di perhentian bas berhadapan dengan sekolah.


"Awak nampak sedih je, awak ada masalah ke?" , tanyaku sambil langkah mendekatinya.


"Oh, saya tak sedih.Saya cuma bimbang", jawabnya perlahan.


"Tapi kenapa?", tanyaku lagi yang belum puas hati dengan jawapannya.


"Keputusan peperiksaan saya tak berapa baik.Saya dapat kedudukan paling tercorot dalam kelas.Kawan-kawan sanggup mengatakan saya bodoh.Tapi betul juga kata mereka.Saya memang bodoh.Sekarang saya bimbang untuk pulang ke rumah.Ibu saya pasti marah bila dapat tahu keputusan saya teruk begini.Ini bukan kali pertama.Saya selalu dapat tempat yang tercorot dalam akademik.", luah hatinya pasti menyentuh sekeping hati yang hidup.


Aku diam seketika berfikir untuk mengubati kekecewaannya ketika itu.


"Biasa kalau waktu lapang, apa yang awak akan buat?"


"Saya suka melukis.Dari kecil sampai sekarang, itulah kegemaran saya.Saya ada bawa lukisan saya.Kejap ya", membuka beg sekolahnya sambil mengeluarkan sebuah file.


"Wah, cantiknya.Awak memang ada bakat seorang pelukis.Untunglah sebab bukan semua orang ada bakat macam ini", puji ku setelaah melihat sekeping lukisan yang mampu menawan setiap mata yang melihat.


"Terima kasih", jawabnya sambil tersenyum.Semakin aku yakin kekecewaanya mampu kebah.


"Awak tahu.Saya tak ada bakat dalam melukis.Setiap kali saya lukis kucing, mesti jadi beruang"




"Haha.Macam mana boleh jadi beruang?", suara tawa mula keluar dari mulutnya.


"Mungkin sebab saya bodoh", jawabku


"Eh, kenapa pula? Awak cuma tak reti melukis je."


"Awak patut tanyakan soalan tu pada diri awak sendiri", balasku lagi dengan perlahan.


"Saya tak faham.Awak bermain dengan fikiran."




"Tadi awak mengaku diri awak bodoh sebab tercorot dalam akademik.Jadi sepatutnya saya perlu mengaku bodoh sebab tak pandai melukis."


Wajahnya berkerut, kepalanya digaru.




"Manusia tak bodoh.Semua orang genius.Termasuk awak dan saya.Tapi genius kita dalam bidang yang berlainan.Awak pandai melukis tapi saya tidak.Tapi manusia mudah melabel orang lain bodoh sebab mereka sombong dengan apa mereka miliki dan tidak dimiliki orang lain.", terangku lebih tegas kepadanya.


"Hmm,tapi kan, apa sangat saya dapat dengan lukisan-lukisan saya.Bukan semua orang suka.Bukan masuk exam pun.", balasnya sayu.




"Allah tidak mengurniakan kebaikan kepada seseorang itu dengan sia-sia melainkan untuk dimanfaatkan kepada orang lain.Cuba fikirkan, seorang doktor pasti dipandang tinggi ramai orang kan? Sebab untuk menjadi doktor bukan mudah.Perlukan pencapaian akademik yang tinggi.Tapi cuba awak suruh dia baiki kereta ayah awak.Mampukah dia? Rasanya tidak, sebab dia tiada asas pengetahuan untuk membaiki kereta dengan baik.Kerja ini adalah tugas mekanik.Adakah perlu kita melabel doktor itu seorang yang bodoh?"




"Tidak perlu.Betul kata awak.Saya tak patut mengatakan diri saya seorang yang bodoh.Tapi saya seorang yang genuis", senyuman terukir menyerlahkan keyakinannya.


"Ya, semua orang genius.Tapi bidang kita berbeza."


Memang tidak adil bagi seorang manusia melabel seorang yang sedang gagal sebagai seorang yang bodoh.Kalau begitu semua orang atas dunia ini semuanya bodoh.Mengapa? Kerana manusia dilahirkan dengan keistimewaan masing-masing.



Terkadang ada manusia mudah bagi label pada orang lain.Kerana riak dengan kemahiran yang dimiliki.Tapi lupakah manusia itu, dunia ini tidak mampu berdiri dengan hanya satu bidang dan satu peranan manusia.Adakah itu membuktikan dia seorang yang cukup pandai dengan kemahiran yang dimiliki?




Walau apapun akal manusia itu terbatas, maka wujudlah peranan wahyu menjadi pembantu.Tiada lagi istilah lulus atau gagal,bodoh ataupun pandai.Manusia hanya jelas dinilai samaada jahil ataupun berilmu.Penilaian bodoh wajar untuk mereka yang tidak mahu memikirkan ayat-ayat Allah serta tidak mahu menggunakan akal.Dan mereka mengetahui kebenaran tapi berusaha menutupnya.Bukan dinilai berlandaskan kepakaran seseorang.


Bukan manusia sahaja dicipta dengan keistimewaan masing.Juga makhluk Allah yang lain.Misalnya bunga mawar yang warnanya cantik dan baunya juga wangi.Jika nak dibandingkan dengan sebiji kurma yang hitam legam dan tidak mempunyai bau yang wangi.Cuba makan dua benda ini.Yang mana rasa manis? Semestinya kurma.Walaupun rupanya tidak menarik tapi mempunyai rasa yang manis.Berbeza dengan bunga mawar, warnanya cantik tapi apabila dikunyah pasti rasanya pahit.Inilah bukti kekuasaan Allah Yang Maha Bijaksana mampu mencipta sesuatu dengan keistimewaan yang berbeza.


Dahulu sebagai seorang calon SPM, kepakaran saya adalah dalam subjek Sejarah.Dan saya lemah dalam subjek Matematik.Saya ada seorang kawan, dia hebat dalam subjek Matematik, tapi dia gagal dalam subjek Sejarah.Jadi , kami tak perlu saling mengaku bodoh.Cuma kepakaran kami berbeza.Dengan kepakaran berbeza yang kami miliki.Kami mula memanfaatkan bersama dengan berkongsi.Tahukah anda kejadian ini ada hikmah disebaliknya? Ketika berkongsi, kami berinteraksi.Maka dari sini persaudaraan terjalin.Konklusinya, ciptaan Allah semua ada hikmah.


Kepada mereka yang merasa sedih atas kekurangan diri.Cuba anda menilai diri anda sendiri.Di manakah kelebihan anda.Anda tidak perlu kecewa kerana tidak memiliki kelebihan orang lain.Tapi kecewalah kerana tidak mampu memanfaatkan kelebihan anda sendiri. :D .Sekian




When I look at him..And then I look at myself..damn!..
I'm nothing compared to him..Nothing special about me.

"Hey dude!"

What?!

"Everyone is good at something" :)

credit:http://musafirdorks.blogspot.com

No comments:

Post a Comment