Tuesday, 12 June 2012

Pernikahan Yang Menyedihkan ..

Pernahkah anda membayangkan melakukan pernikahan menjelang detik-detik
kematian? Katie Kirkpatrick, 21 tahun menikah dengan Nick, 23 tahun menjelang
detik kematiannya. Katie menderita kanser dan menghabiskan beberapa jam setiap
harinya untuk terapi. Nick dengan setia menunggu Katie melakukan kimoterapi.


Katie tetap mahu melaksanakan pernikahannya walaupun dia menahan rasa sakit, kegagalan
organ dan morphin. Gaun yang akan dipakainya dikecilkan beberapa kali kerana Katie terus
menerus kehilangan berat badannya. Pernikahan dengan aksesoris yang luar biasa iaitu
dengan tiub oksigen, Katie memakainya baik dalam upacara dan resepsi pernikahannya.
Orang tua Nick pun ikut gembira melihat anak laki-lakinya dapat menikahi sang pujaan hati.
Dalam resepsi ini, Katie perlu beberapa kali terpaksa beristirehat kerana rasa sakit yang
membuatnya tidak boleh berdiri lama-lama.

Katie meninggal dunia 5 hari kemudian setelah pernikahannya. Melihat seorang wanita yang
sakit dan lemah melakukan pernikahan dan dengan sebuah senyuman di wajahnya membuat
kita berfikir….. Kebahagiaan boleh dicapai walaupun seketika. Kita seharusnya tidak membuat
hidup kita menjadi rumit. Dibawah gambar majlis perkahwinan mereka...
















sumber: SINI

No comments:

Post a Comment