Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang  sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan  kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, perihal  cemburu ini wujud pada setiap diri manusia. Cuma anda perlu bijak dalam mengawal  perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.
Tanda-tanda Cemburu
1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.
2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk  dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.
3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah  keluar dengan lelaki/wanita lain.
4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang  untuk mencari kesalahan kamu.
5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu  meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan  marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.
7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana  bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.
8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita  pergi dan dengan siapa.
9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih  masa.
10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.
Tips Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu
1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa  cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu  menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus  menyemarakkan kemarahannya.
2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk  melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan  diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.
4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain.  Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan  yang berterusan.
5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan  cemburunya.
Cara Atasi Sifat Cemburu
1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.
2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya.  Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam  masa yang singkat.
3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa  cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin  meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah  segera.
4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak.  Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang  teruk andainya dia senyum dengan orang lain.
5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak  selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang  lain.
Kesan Positif Cemburu
1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu.
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang  pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu.
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan  kamu.
Kesan Negatif Cemburu
1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu.
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung  tidak ada kawan lain.
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat  curiga yang terlampau.
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang  bersalah.
Hormatilah pasangan kita dan berilah dia kasih  sayang yang ikhlas. Jika sidia adalah seorang yang kuat cemburu maka menjadi  kewajipan kita untuk memberinya info ini.


Marilah kita berfikir sejenak,cemburu biarlah bertempat ,dan dalam sesuatu perhubungna mesti ada kejujuran dan kesetiaan dan saling mempercayai anntara satu sama lain.
ReplyDelete