Saturday 1 October 2011

Cantik Bukanlah Satu UkuraN

(❤◕‿◕❤)Dengan memakai tudung labuh menutup kepala
Kawan-kawan berkata aku ustazah
Dengan memakai pakaian yang kemas bertutup rapi di tubuhku
Kawan-kawan berkata aku tidak trendy
Dengan bicara yang sopan meniti di bibir
Kawan-kawan berkata aku cuma berlakon
Dengan akhlak yang terpelihara
Kawan-kawan berkata aku cuma ingin menarik perhatian..

(❤◕‿◕❤)Wahai kawan yang berharapkan sanjungan & pujian
Cantik bukan bererti mempamerkan aurat
Cantik bukan bereti selalu berdandan
Cantik juga bukan bererti menarik perhatian
Dan cantik bukan bereti kita dijadikan bahan tontonan umum

(❤◕‿◕❤)Ku sarungkan jilbab di kepala terasa damai dihati
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku
Ku lakukan semuanya itu hanya kerana cintaku pada Rabb-ku
Lantas aku berbisik dalam hatiku
Semoga Rabb-ku bahagia melihat hamba-Nya ini
Patuh & taat melaksanakan perintah-Nya
Dan menjauhi larangan-Nya…

(❤◕‿◕❤)Andai sahabatku memahami
Cantik bukanlah satu ukuran…………

Sedangkan ANAK KECIL INI JUGA MAHU DIRINYA DITUTUPI,SAMA JUGA DENGAN KITA WAHAI MUSLIMAH YG DICINTAI ALLAH DAN DIKASIHI RASUL......(❤◕‿◕❤)

1 comment:

  1. Sukalah ayat ni: Cantik bukan mempamerkan aurat...
    Hihi.
    TQs dgn puisi dan kata-kata nasihat di atas!

    ReplyDelete