Tuesday, 27 November 2012

Berbaik-baik Sesama Islam

Photo

Assalamualaikum wrb
Sahabat/Sahabah yg saya muliakan
semoga sihat ceria dn dlm rahmat Allah

Berbaik-baik Sesama Islam

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya". [HR Bukhari & Muslim]

Dari Abu Ayub al-Ansari ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda,"Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya". [HR Bukhari & Muslim]

Dari Hurairah ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara". [HR Bukhari & Muslim]

Dari Abu Darda ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." [HR Muslim]

Rasulullah saw. bersabda, "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendir." [HR Bukhari dan Muslim]

Rasulullah saw. bersabda, "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi saw. menjawab: "Cegahlah dia". [HR Bukhari]

Allah berfirman, "Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang". (Al Hujuraat: 10)

Moga ada manfaat.


sumber:www.facebook.com

Saturday, 24 November 2012

Ganjaran Allah kepada ibu hamil







1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita
 yang tidak hamil.


2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.


3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu

 uratnya, Allah bagi satu pahala haji.


4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai 

mati syahid. .


5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada 

tiap titik susu yang diberikannya.


6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah 

beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.


7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, 

maka malaika dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana 

menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya 

yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati
anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat


Wallahu'alam..............Allah, besar nye ganjaran terhadap mereka2 yg mengandungkan

 zuriat sendiri. 



SUMBER:http://wifewillbe.blogspot.com/2011/10/ganjaran-allah-kepada-ibu-hamil.html





Wednesday, 14 November 2012

"Jahilnya kita hanya dengan kalimah azan"





Apa yang kita besarkan daripadaNya seperti yang kita mengaku bahawa Allah itu Maha Besar..????

Kita mengaku Allah itu Maha Besar. Akan tetapi, semasa azan bekumandang apakah ini yang kita utamakan..???

Kita tergolong dalam golongan manusia yang rugi kerana mengagungkan harta lebih daripada me
ngagungkan Allah swt..

"Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah" Akan tetapi kita sengaja melakukan apa yang Allah larang..dan sengaja melupakan untuk melaksanakan apa yang Allah perintahkan..Malah kita sering melaksanakan apa yang syaitan perintahkan..astaghfirullah.

sejauh mana kita bersaksi bahawa tiada tuhan selain AllahAku Bersaksi Bahawa Muhammad adalah Rasul Allah

kita memuja manusia yang langsung tidak menjamin kita untuk bahagia di akhirat nanti..

Adakah kita menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai ikutan atau idola..Apatah lagi tidak sedikit pun kita menghiraukan pesanan Nabi Muhammad kepada kita..

Apakah kita lupa tiada seorang manusia pun yang akan menolong kita di padang mahsyar kecuali Nabi Muhammad saw..

Marilah menunaikan solatsetelah berkumandang "marilah menunaikan solat" apakah kita mengutamakan solatMarilah menuju kejayaan..kita leka dan sibuk mencari kejayaan untuk kesejahteraan di dunia sahaja...Bangga dengan apa yang telah dicapai..semakin leka mengira keuntungan yang diperolehi..sehingga lupa untuk mencari dan menghitung kejayaan di akhiratAllah Maha Besar..

sampai bilakah kita benar-benar akan menyedari bahawa Allaha itu Maha Besar..???Adakah setelah kita semua sudah terlambat dan akan mengakui bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah

Ya Allah Ya Tuhanku..Bantulah hambaMu ini dalam mencapai keredhaanMu. Bukakanlah hati hambaMu ini untuk menyempurnakan agamaMu...Jauhkanlah hambaMu ini dari sifat yang buruk yang Engkau murkai. Berkatilah hidup ini



.::Semakin ku Jauhi, Semakin Kau Dekati::.






Kita sebenarnya makin jauh dengan Dia tanpa kita sedari. Bila siang kita sibuk dengan hal kita, bila malam kita masih sibuk dengan hal kita. Kadang-kadang hal siang membuatkan kita penat dan malamnya tertidur lena sampai ke pagi. Ulang sketsa yang sama setiap hari.

Ringkas pesanan saya. Ingatlah kata-kata Rabiatul Adawiyah:

"Telah menipu seseorang yang mendakwa cinta kepadaKu,
tetapi apabila malam, mereka tidur dan meninggalkanKu;
bukankah setiap kekasih rindu untuk bersendirian dengan kekasihnya?"
- al-Haddad, 1989

Ayuh! Bangun sedikit dari malam, bertahajjud dan menangislah puas-puas menangisi kesalahan diri.

Hidup ni tak sentiasa indah. Hidup ni tak lama. Hari ni kita ada. Esok belum tentu.

Tanyalah diri:

"Sampai bila aku nak hidup begini?"

Wassalam.




Wednesday, 7 November 2012

.. ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI YANG PENUH BERKAH ...






1. Memperbanyak Membaca ...

“La hawla Wala Quwwata Illa billah “

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At Tabrani)

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin” ...

Barangsiapa setiap hari membaca ..

"La ilaha illallahul malikul haqqul mubin"

maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’ aim dan Ad Dailami).

3. Melanggengkan Ber-Istighfar ...

“Barangsiapa melanggengkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga” ( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas ...

“Barangsiapa membaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." ( HR. At Tabrani )

5. Membaca Surat Al-Waqiah ...

“Barangsiapa membaca surat Al Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup “ (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

6. Memperbanyak Shalawat Atas Nabi SAW ...

“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda :

“Wahai Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah.

Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”

7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim ...

… dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Wallahu a’lam bisshowwab ...



Monday, 5 November 2012

FOOD: PLASTIK, JABIR @ SUPIT: PEMBUNUH DALAM DIAM!




Tahukah anda, terdapat 7 jenis plastik digunakan dalam industri pembungkusan termasuklah
plastik yang digunakan oleh makcik goreng pisang untuk membungkus pisang goreng dan sambal kicapnya.

Botol plastik di pasaran dikategorikan mengikut kod resin 1-7 seperti penamaan saintifik di bawah:


1. PETE polyethlene tereplhtalate
2. HDPE High Density polyethyene
3. V atau PVC Vinyl atau Plovinyl
4. LDPE Low density polyethlene
5 . PP polypropylene chloride
6. PS polystrene
7. Other atau Plastik polikarbonat 


Namun begitu, bukanlah kuliah berkenaan plastik yang ingin penulis sampaikan. Sebenarnya penulis ingin sebarkan mengenai keburukan BPA yang terdapat dalam resin berkod 3 dan 7(PC)!


BPA atau Bisphenol A ialah komponen utama oleh industri kimia dalam pembuatan plastik polikarbonat contohnya bekas makanan, botol susu, casing handphone, lapisan dalam tin atau kotak minuman, CD/ DVD. Tujuan utamanya adalah untuk dalam industri makanan adalah untuk mengekalkan kualiti makanan bagi tempoh tertentu melalui peranan resin. Resin campuran yang berbahaya ini menjadi agen antioksida yang menyumbang kepada pengawalan kualiti dan shelf life sesuatu makanan.
Resin epoksi yang digunakan sebagai pelapis dalaman bagi makanan dan minuman dalam tin yang kita gunakan sejak kita lahir ke dunia ini. Jadi apa sebenarnya masalahnya sehingga negara-negara membangun sperti Aussie, kanada Denmark, france dan German telah mengharamkan elemen 'tidak toyyib ini'? Begini hujahnya, apabila BPA ini leeching atau luntur kedalam makanan terutama pada air atau suhu panas, kesan-kesan jangka panjang seperti berikut boleh berlaku kepada anda atau anak anda seterusnya menjurus pertambahan bilangan pesakit dihospital dan berkembangnya takaful medik di Malaysia:

1. Mengganggu sistem endokrin, (pembebasan hormon badan anda).
2. Mengganggu sistem imunisasi, kurang daya tahan badan.
3. Diabetes
4. Kanser prostat dan payudara
5. Bilangan sperma yang rendah
6. Cyst pada ovari
7. Masalah keguguran janin
8. Akil baligh yang awal 


Nah, jika sedari bayi sudah diberi BPA yang mereka tak mampu nyahkan xenobiotik sebagaimana orang dewasa, maka bolehlah dijadikan hipotesis awal akan kesannya dengan adanya senarai penyakit itu di negara kita. Cuma Mac 2012 baru nak diharamkan untuk bagi muka kepada para industri. Jadi anda mulakanlah dahulu. Jika ibu ayah berdegil juga nak beli botol yang lutsinar terkandung BPA itu, bolehlah sementara ini mengikut langkah penjagaan seperti dibawah:

1. Jangan tuang air panas terus kedalam botol
2. Basuh botol dengan span lembut, bagi mengelakkan calar
3. Jika botol bercalar, tukar yang baru.
4. Beli yang BEBAS BPA!

Sekian.

p/s: Mencegah lebih baik daripada mengubat, jangan jadikan diri anda dibunuh atau pembunuh dalam diam kerana menggunakan barang yang memudharatkan atau tidak toyyib.

Rujukan:
Apakah itu Bisphenol A, Persatuan Pengguna-Pengguna Standards Malaysia