Saturday, 29 December 2012

Bidadari Yang Paling Cantik Di Syurga.







Ainul Mardhiah adalah seorang bidadari yang paling cantik di surga yang Allah ciptakan untuk sesiapa yang mati syahid berjuang di jalan Allah.


Secara bahasa Ainul Mardhiah berarti mata yang diridhai. Atau setiap pandangan yang melihatnya pasti akan menemukan keridhaan di hati.


Kisah Ainul Mardhiah diceriterakan dalam Hadits Nabi riwayat Tirmidzi :


Ketika pagi hari di bulan Ramadhan, Nabi sedang memberikan targhib (semangat untuk berjihad) kepada pasukan Islam. Nabi pun bersabda,


“Sesungguhnya orang yang mati syahid karena berjihad di jalan Allah, maka Allah akan menganugerahkannya Ainul Mardhiah, bidadari paling cantik di syurga”.


Salah satu sahabat yang masih muda yang mendengar cerita itu menjadi penasaran. Namun, karena malu kepada Nabi dan sahabat-sahabat lain, sahabat ini tidak jadi mencari tahu lebih dalam mengenai Ainul Mardhiah.


Waktu Zuhur sebentar lagi, sesuai sunah Rasul, para sahabat dipersilakan untuk tidur sejenak sebelum pergi berperang. Bersama kafilah perangnya pun sahabat yang satu ini tidur terlelap dan sampai bermimpi.


Di dalam mimpinya dia berada di tempat yang sangat indah yang belum pernah ia kunjungi sebelumnya. Dia pun bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik yang belum pernah ia lihat sebelumnya. Ia pun bertanya kepada wanita tersebut,


“Di manakah ini?” “Inilah syurga.” jawab wanita itu. Kemudian sahabat ini bertanya lagi, “Apakah anda Ainul Mardhiah?”. “Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Kalau Anda ingin bertemu dengan Ainul Mardhiah, dia sedang berada di bawah pohon yang rindang itu.”


Didapatinya oleh sahabat itu seorang wanita yang kecantikannya berkali-kali lipat dari wanita pertama yang ia lihat.


“Apakah anda Ainul Mardhiah?” “Bukan, saya ini penjaganya. Kalau Anda ingin bertemunya di sanalah singgasananya.”


Lalu sahabat ini pun pergi ke singgasana tersebut dan sampailah ke suatu mahligai. Didapatinya seorang wanita yang kecantikannya berlipat-lipat dari wanita sebelumnya yang sedang mengelap-ngelap perhiasan. Sahabat ini pun memberanikan diri untuk bertanya.


“Apakah anda Ainul Mardhiah?” “Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Saya penjaganya di mahligai ini. Jika Anda ingin menemuinya, temuilah ia di mahligai itu.”


Pemuda itu pun beranjak dan sampailah ke mahligai yang ditunjukkan. Didapatinya seorang wanita yang kecantikannya berlipat-lipat dari wanita sebelumnya dan sangat pemalu. Pemuda itu pun bertanya.


“Apakah anda Ainul Mardhiah?” “Ya, benar saya Ainul Mardhiah.” Pemuda itu pun mendekat, tetapi Ainul Mardhiah menghindar dan berkata, “Anda bukan seorang yang mati syahid.”


Seketika itu juga pemuda itu terbangun dari mimpinya. Dia pun menceritakan ceritanya ini kepada seorang sahabat kepercayaannya yang dimohonkan untuk merahasiakannya sampai ia mati syahid.


Komando jihad pun menggelora. Sahabat ini pun dengan semangatnya berjihad untuk dapat bertemu dengan Ainul Mardhiah. Ia pun akhirnya mati syahid.


Di petang hari ketika buka puasa, sahabat kepercayaan ini menceritakan mimpi sahabat yang mati syahid ini kepada Nabi. Nabi pun membenarkan mimpi sahabat muda ini dan Nabi bersabda, “Sekarang ia bahagia bersama Ainul Mardhiah”. … سُبْحَانَ اللّهُ وَاَلْحَمْدُلِلّهِ وَلاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ. اَللّهُ اَكْبَرُ utaranews



sumber:http://kartikel.com



Tuesday, 18 December 2012

Makna Di Sebalik Perubahan Warna Langit Ketika Waktu Solat Tiba




Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang. Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai rasional yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.
1. Waktu Solat Subuh
Ketika waktu selepas subuh apalagi menjelang siang, warna langit itu (kalau cerah) berwarna biru yang diselangi dengan merah (orange) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang mahu terbit.
Dalam islam tidur setelah subuh itu tidak baik kerana akan kehilangan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah,Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi harinya (HR. Abu Dawud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)
Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru melemahkan kelenjar tyroid. Bila kelenjar tyroid kita lemah seseorang itu akan mengalami masalah kehausan sepanjang hari.
Pada Waktu Subuh Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Disini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.
Bermulanya saat azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep tindak balas tubuh pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
2. Waktu Solat Zuhur
Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu ini ialah amalan yang terbaik untuk menjaga kesihatan supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Ini adalah mengapa kita amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk mengurangkan beban kerja organ pencernaan.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
3. Waktu Solat Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna orange, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.

4. Waktu Solat Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.
Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.
5. Waktu Solat Isyak
Apabila masuk waktu Isya, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebenarnya, inilah waktu tidur dalam Islam dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relax / rehat.
Wallahua’lam


sumber: – Open Minda

Tuesday, 11 December 2012

♥ Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu ♥


Asslamualaikum ,

MESTI BACA & SEBARKAN InsyaAllah

Daripada Abu Hurairah r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda:“Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka”.
[HR Abu Daud, At Tirmizi]

♥ Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu ♥

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Cara Wuduk Rasulullah S.a.w
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”

(Muslim )

Huraian
Wuduk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wuduk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.

Wallahu’alam….


Monday, 10 December 2012

.::PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA::.






Assalamualaikum..


Saya  nak share dengan you guys semua… jom kita amalkan petua menurut Islam ini untuk tampak lebih berseri dan awet muda. Ni memang cara takde pakai bahan kimia ke, klorin ke, clorox ke.. ehh..!!

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
13. Amalkan solat tahajud.
14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.
15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
16. Maafkan semua orang sebelum tidur.



Yaaa… itu dia 16 tips petua awet muda di dalam Islam.. Islam menganjurkan sesuatu yang amat-amat mudah untuk kita amalkan… Jadi jomlah kita sama-sama amalkan…dan  share ilmu berguna untuk semua InsyaAllah…






.::Kesempurnaan ilusi Tuhan::.




Untuk mereka2 dan shbt2 yg mahu mencabar minda berfikir. jgn malas membaca. sesungguhnya bruntunglah bagi org2 yg brfikir tentang kebesaran Allah. :)



Dalam kehidupan sehari-hari, kita melalui dan menempuhi pelbagai situasi dan keadaan. Banyak benda yang kita lihat, kita jumpa, sentuh, rasa dan lain-lain.


Ingin saya timbulkan satu persoalan. Adakah kehidupan yang kita lalui ini adalah sesuatu yang nyata atau hanya sekadar ilusi? Bagi sesetengah orang, ini mungkin persoalan yang sudah basi dan berulat. Dah lapok ditelan zaman. Harun Yahya sendiri telah menulis beberapa buah buku berkaitan tajuk ini sahaja. Filem-filem Hollywood seperti The Matrix, telah lama cuba menyingkap persoalan ini. Blog-blog di alam maya juga tidak terlepas daripada membicarakan tentang hal ini. Tetapi saya percaya, masih ada ramai lagi yang masih berminat untuk belajar dan memahami tentang hakikat dunia ini.

Hakikat jisim.
Segala apa yang kita ada, yang kita lihat termasuk diri kita. Apakah semua itu? Kereta, pokok, air, tanah, api dan segala benda yang berjisim di alam semesta ini. Adakah semua ini wujud? Adakah komputer yang anda sedang tatap ini dan keyboard yang anda sedang sentuh ini benar-benar wujud atau sekadar imaginasi anda?

Apakah jisim? Untuk lebih memahami tentang hakikat “benda”, marilah kita renung sebuah kisah daripada Al-Quran.

Kisah ini mengenai Nabi Adam, ketika mana Allah baru menjadikan beliau, Allah telah mengajar kepada Nabi Adam tentang nama-nama benda di dunia. Cuba kita perhatikan kembali kisah tersebut dalam Al-Quran. Allah telah menggunakan perkataan “asmaa’ ” yang bermaksud “nama”. Allah telah mengajarkan kepada Nabi Adam bahawa yang ini namanya pokok, yang ini pula namanya sungai dan lain-lain.

Apa maksudnya? Maksudnya, di dunia ni, pokok tak wujud, tetapi yang wujud hanyalah sesuatu yang bernama “pokok”. Kat dunia ni, air tak wujud, tetapi yang wujud adalah sesuatu yang bernama air. Kat dunia ni tak wujud pun tanah, tetapi yang wujud adalah sesuatu yang bernama tanah.

Kita ambil contoh yang lebih mudah.

Jika anda lihat sebuha gambar pokok dalam sebuah komputer. Ya anda lihat sebuah pokok dalam komputer tu. Ya, kita boleh panggil dia pokok. Tapi adakah ia benar-benar pokok? Tidak, ia hanya sesuatu yang bernama pokok. Dan jika anda perhatikan betul-betul sesuatu yang bernama “pokok” dalam komputer tersebut, anda akan nampak pecahan-pecahan piksel.

Gabungan-gabungan 3 warna asas, Merah, Hijau, Biru telah menghasilkan imej-imej pelbagai warna yang menyebabkan kita nampak pokok itu kelihatan seperti pokok sebenar.

Baiklah. Sekarang anda telah faham bahawa sesuatu yang bernama “pokok” yang bernama pokok yang berada dalam skrin komputer itu, hakikatnya adalah pecahan-pecahan piksel.

Sekarang mari kita lihat sesuatu yang bernama “pokok” yang berada di sekeliling anda. Adakah sesuatu yang bernama “pokok” itu benar-benar wujud? Perhatikan betul-betul. Dan hakikatnya, anda akan sedar bahawa sesuatu yang bernama “pokok” itu bukanlah pokok yang sebenar, tetapi hakikatnya adalah atom-atom yang tersusun yang membentuknya.

Ya. Pokok yang sebenar tidak wujud di alam ini. Begitu juga dengan semua yang ada dalam alam ini. Semuanya adalah atom-atom yang tersusun rapi membentuk sesuatu yang kelihatan seperti “pokok”, sebagaimana piksel-piksel dalam skrin komputer tadi berjaya membentuk imej pokok.

Dan atom-atom jika dilihat dengan lebih mendalam lagi, kita akan dapati sebenarnya apa yang membentuk alam ini hanyalah himpunan tenaga-tenaga. Tenaga-tenaga inilah yang menyempurnakan permainan ilusi ini menyebabkan kita lihat sesuatu yang bernama “pokok” sebagai pokok yang betul.

Tapi ada orang kata,”pokok yang dalam komputer tu memang tak wujud sebab kita tak boleh sentuh. Tapi pokok yang ada di alam nyata ni kita boleh sentuh”.

Fattah: “Memangla boleh sentuh sebab kita berada dalam dimensi yang sama dengan sesuatu yang bernama pokok tu”.

Betul tak? Untuk memahami dengan lebih mudah lagi, perhatikan sebuah game komputer.

Contoh: screenshot daripada game Tarzan. Siapa kata pokok dalam game tak boleh dipegang? Lihat sajalah Tarzan bergayut pada pokok dalam game tu.

Apa maknanya? Kenapa? Kerana Tarzan itu berada dalam dimensi yang sama dengan pokok tersebut. Sama seperti sesuatu yang bernama “pokok” yang anda kata boleh sentuh itu. “Pokok” itu boleh disentuh oleh kita kerana kita berada dalam dimensi yang sama dengan “pokok” tersebut, sebagaimana pokok dalam game yang boleh disentuh oleh watak-watak dalam game.

Dan “pokok” hanyalah salah satu contoh bagi sesuatu jisim dalam alam ini. Kerana itulah Allah telah menyatakan kepada manusia bahawa dunia ini tidak mempunyai nilai langsung sebenarnya kerana segala apa yang ada dalam dunia ini hanyalah ilusi dan tidak wujud!

Sepinggan nasi ayam tidak pernah wujud di alam ini. Yang ada hanyalah tenaga-tenaga yang membentuk sesuatu yang kelihatan seperti nasi ayam. Tenaga-tenaga tersebut telah memberi maklumat kepada otak kita menerusi mata bahawa nasi ayam itu berwarna kuning, mempunyai seketul ayam dan sayur-sayur. Tenaga-tenaga itu juga telah memberi maklumat kepada otak kita menerusi jari-jemari kita bahawa nasi ayam itu dapat dipegang, panas dan berminyak. Tenaga-tenaga tersebut juga telah memberi maklumat kepada otak kita menerusi lidah kita bahawa nasi ayam itu sedap.

Hakikatnya, di hadapan kita tiada apa-apa pun. Kita berada di dalam sebuah dimensi yang begitu hebat, sehingga kita menyangka segala apa yang ada di sekeliling kita benar-benar wujud. Subhanallah.

Satu lagi analogi mudah. Pernahkah anda bermimpi? Ya, sudah tentu. Apa yang anda jumpa dalam mimpi? Anda lihat kereta, manusia, kekasih anda, pokok, bumi tempat anda berpijak dan macam-macam lagi. Anda dapat sentuh benda-benda dalam mimpi anda bukan? Anda dapat pijak dan berdiri tegak si atas tanah di dalam mimpi tersebut. Tetapi adakah watak-watak dalam mimpi anda itu wujud? Tidak. TIdak wujud sama sekali walaupun anda dapat pegang, lihat dan rasa benda tersebut. Apabila anda terjaga dari tidur, semua itu telah hilang. Jika anda bermimpi dikejar raksasa, raksasa akan hilang apabila anda terjaga. Dan sebenarnya raksasa itu bukanlah hilang tetapi raksasa itu tidak pernah wujud langsung! Yang ada hanyalah dalam minda anda sahaja.

Samalah juga dengan dunia ini. Apabila anda telah meninggal dunia, barulah anda sedar bahawa segala yang ada dalam dunia ini hanyalah ilusi semata-mata. Tidak pernah wujud pun. Mati itu sebenarnya adalah sama seperti anda baru bangun tidur. Jika anda berasa tertipu dengan mimpi setelah bangun tidur, anda juga akan berasa tertipu juga dengan dunia ini apabila anda meninggal dunia ini. Segala apa yang anda kejar dalam dunia ini akan hilang bagai segala apa yang anda buat dalam mimpi anda.

Insaflah

Baiklah tadi berkaitan tentang segala yang berada di dunia ini tidak wujud.

—————————————————————

Masa

Pakar motivasi selalu bercakap mengenai masa. Tahukah mereka apa itu masa? Cubalah anda cari apa itu masa. Anda akan menemui bermacam-macam jawapan yang akhirnya anda akan menyedari bahawa bukanlah “masa itu emas” juga bukan “masa itu kehidupan” tetapi yang anda akan jumpa ialah “masa itu tidak wujud”.

Apa sebenarnya masa? Mungkin ahli fizik akan berkata bahawa masa adalah tempoh untuk mengukur sesuatu jarak perbezaan waktu. Itu kata ahli fizik, dan insya Allah saya akan buat satu posting lepas ni yang membongkarkan bahawa sains tidak membawa kita maju tetapi sebaliknya sains lah yang telah menyebabkan manusia mundur jauh ke belakang!

Apa sebenarnya masa? Jika ingin diterangkan untuk kefahaman anda mungkin agak payah. Tetapi secara mudahnya, boleh lah dirumuskan bahawa masa itu tidak wujud.

Jika anda faham hakikat masa sebagaimana yang anda faham sekarang, anda akan menjadi lagi pening.

Mari kita lihat satu contoh. Juga berkaitan dengan mimpi. Pernahkah kadang-kadang kita tidur hanya beberapa minit, tetapi kita mimpi mengenai satu perjalanan yang begitu panjang, seolah-olah ianya memakan masa sehari?

Jika anda tidur pada waktu malam, mungkin anda hanya tidur sekitar 6-7 jam. Tetapi pernahkah anda terfikir kenapa mimpi anda itu seolah-olah anda sedang hidup dalam mimpi selama 2-3 hari? Mungkin pada suatu waktu yang lain, anda hanya tidur setengah jam, tetapi anda boleh bermimpi dikejar raksasa selama berjam-jam.

Bagaimana boleh jadi begitu?

Kerana, tiada yang pelik mengenai masa, kerana masa hanyalah sebuah pemahaman. Jika anda faham silap, maka dengan itulah anda akan menjadi pelik.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada saya, bolehkah kita mengundurkan masa?

Mungkin dia mengharapkan saya kata “boleh” kerana dengan saya pernah berkata, dengan menggunakan kuasa minda, kita boleh melawan segala hukum fizik yang telah memperbodohkan kita.

Tetapi ingin saya tegaskan di sini, “masa tidak boleh diundurkan”. Anda boleh kaji filem “Matrix” jika anda ingin memahami tentang hakikat sebenar dunia ini. Dalam filem tersebut, watak-watak tersebut dikatakan mampu memahami hakikat sebenar dunia ini dan boleh memanipulasinya. Ada yang boleh terbang melawan graviti, menjadi kuat, lompat tinggi dan lain-lain yang telah mengenepikan hukum fizik. Tetapi ada tak babak dalam filem tersebut yang menunjukkan mereka memanipulasi masa?

Tidak. Kerana………….. masa tidak boleh dimanipulasi. Masa tidak boleh dipendekkan atau dilambatkan. Masa tidak boleh dikebelakangkan dan tidak boleh dikehadapankan. Kerana anda tidak faham mengenai hakikat masa, kerana itu anda selalu terfikir, bolehkah masa dimanipulasi.

Pernahkah Allah memanipulasi masa? Tidak.

Salah satu firman ALlah ada menyebutkan bahawa ajal maut tidak boleh dilambatkan atau dicepatkan. Faham ayat ini?

Hmmm, kita pergi kepada contoh ayat lain. Kita lihat bagaimana Allah menceritakan tentang Ashabul Kahfi, kisah tujuh pemuda yang ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua.

Pernahkah anda berfikir, kenapa Allah tidurkan pemuda itu di dalam gua sebegitu lama? Kenapa Allah tidak hantarkan sahaja mereka itu terus ke masa hadapan?

Jawapannya ada pada firman Allah dalam surah Fatir yang menyebutkan bahawa”tidaklah sesekali kamu akan mendapati sebarang perubahan pada sunnatullah”.

Ianya mengenai sunnatullah mengenai masa, bahawasanya masa itu tidak boleh diubah dan dimanipulasi sesuka hati kerana masa perlulah dibiarkan berjalan.

Satu lagi contoh dalam Al-Quran mengenai seorang lelaki dari bani Israel, Uzair (ada yang mengatakan beliau seorang Nabi) juga mengalami peristiwa yang sama. Beliau telah dimatikan kemudian dihidupkan semula sehingga dia melihat keldainya tadi telah tinggal rangka sahaja sedangkan sebelum dia dimatikan, keldainya masih sihat walafiat.

Anda faham tentang hakikat “masa” sekarang?

Anda dapat lihat daripada Al-Quran bagaimana jika Allah ingin menghantar seseorang ke masa hadapan, Allah tidak akan mempercepatkan masa, tetapi Allah akan matikannya terlebih dahulu kemudian dihidupkan kembali di masa hadapan. Dan untuk kembali ke masa silam, tidak pernah lagi berlaku dalam sejarah manusia dan sudah pastinya, kita tidak akan dapat kembali ke masa silam.

Lihat juga contoh kedatangan Nabi Isa yang sedang ditunggu-tunggu sekarang. Kenapa Nabi Isa perlu diangkat ke langit terlebih dahulu? Kenapa tidak dihantar terus ke masa hadapan? Ini kerana masa hadapan belum wujud. Dan kita sesekali tidak akan mampu melangkah masa kerana masa hadapan belum wujud. Sedangkan masa yang silam pula sudah pupus dan tidak akan wujud.

Kesimpulannya, apa itu masa? Tiada siapa pun sebenarnya dapat menerangkan apa itu masa. Dan surah Al-’Asr sekalipun, ada sebahagian tafsiran yang mengatakan bahawa Al-’Asr yang disebutkan dalam Al-Quran itu bukan lah merujuk kepada makna masa, tetapi waktu Asar. Ini kerana orang Arab Jahiliyah dahulu suka menggunakan waktu selepas asar mereka sebagai waktu untuk berborak-borak mengenai kehebatan diri sendiri yang akhirnya membawa kepada pergaduhan. Kerana itulah selepas itu mengatakan bahawa manusia itu dalam kerugian, kerana perbuatan orang Kafir Quraisy itu hanyalah sia-sia dan merugikan kerana hanya membawa kepada pergaduhan. Wallahu A’lam.

Apa itu masa? Wujud kah masa? Masa sebenarnya hanya satu tempoh, yang menjadikan perkara lain sebagai sandaran pengukurannya. Sebagai contoh, untuk melambangkan kepantasan sesuatu kejadian orang akan mengatakan “ianya berlaku sekelip mata”. Ini menunjukkan bahawa sesuatu kejadian itu berlaku dalam satu tempoh yang menyamai kepantasan kelipan mata.

Sama juga seperti jika katakan “tempoh perjalanan dari Malaysia ke Amerika mengambil masa sehari untuk sampai”. Maknanya kita mengatakan bahawa tempoh kita untuk sampai ke Amerika adalah sama dengan tempoh yang diambil untuk bumi melengkapkan satu putarannya.

Kerana itulah, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah, ketika dipenghujung kehidupan nanti, manusia akan merasakan bahawa mereka seolah-olah hanya hidup beberapa jam sahaja, sepanjang waktu isya atau sependek waktu dhuha.

Sebagaimana selepas kita terjaga dari mimpi, walaupun ketika berada di dalam mimpi kita berasa bahawa masanya bergerak begitu lama, tetapi apabila kita terjaga, kita akan rasa seolah-olah mimpi kita itu hanya beberapa saat!

—————————————————————

Terima kasih kerana sudi membaca penerangan yang tak seberapa ini. Ada banyak lagi persoalan-persoalan yang saya tidak sempat sentuh, seperti persoalan takdir yang akan menghancurkan teori “probability” dalam matematik dan lain-lain.

Apa yang saya ingin tegaskan di sini, kehidupan di dunia ini hanyalah ilusi. Apa yang kita lihat, tidak wujud dan tidak pernah wujud pun, termasuklah tangan-tangan anda sendiri! Masa juga tidak wujud dan tidak pernah wujud.

Jika begitu, apakah yang benar-benar wujud? Inilah persoalan yang menyebabkan saintis-saintis menjadi gila memikirkannya. Syukurlah Allah telah memberikan jawapan kepada kita bahwa Allah lah sebenarnya yang benar-benar wujud. Allah juga telah memberitahu kita bahawa Syurga dan Neraka itulah yang benar-benar wujud. Pokok di syurga adalah pokok sebenar, sebaliknya pokok di dunia hanyalah hasil gabungan atom-atom kecil yang membentuk sesuatu yang bernama “pokok”.

Kita telah diprogramkan oleh Allah supaya rasa apa yang kita rasa sekarang dan lihat apa yang kita lihat sekarang, walaupun hakikatnya benda yang kita lihat itu semua tidak wujud, sebagaimana Tarzan dalam game yang menyangka persekitaran dalam game itu benar-benar wujud.

Kita telah diprogramkan dengan sifat-sifat seperti berat, masa, warna, bunyi, keras, sejuk, sakit dan lain-lain sehingga kita tertipu dengan kesempurnaan ilusi ciptaan Allah.

Wallau A’llam.

sumber : http://muhdhazrie.wordpress.com




Sunday, 9 December 2012

Terkini:Rakyat Syria Yang Menjadi Pelarian di Sempadan Turki-Syria



TERKINI :




Gambar ini menunjukkan suasana rakyat Syria yang terpaksa menjadi pelarian di sempadan Turki-Syria akibat kekejaman rejim Basyar.


Dan kini di Turki juga telah memasuki musim sejuk sebagaimana di Syria. Lihatlah betapa tebal salji yang turun di tempat tinggal mereka dalam keadaan mereka kekurangan baju sejuk dan sebagainya.

Sabarlah wahai ahli Syria, sesungguhnya kamu telah dijanjikan kemenangan. Doakan mereka.

 — 

Dosa Berkuku Panjang




Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... 

potonglah kuku anda.
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak menampakkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang kurang pandai atau pun degil dan suka melepak akibat diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Untuk yang bujang beringatlah.
Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.

Ikutlah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dalam memelihara kuku agar sentiasa pendek dan kemas...sunnah kuku dipotong di hari Isnin dan Khamis...

Pernah dengar orang tua2 kata :
Nak tengok kebersihan seseorang, salah satunya ,tengok kuku dia.

wALLAHu'alam


Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Memotong kuku ketika ma'zurah (Haid atau Nifas atau Junub), menurut kitab Al-Ihya' Al-'Uluumuddin,
"Jangan dia memotong sesuatu yang jelas zahir pada badannya samada kuku, rambut, atau mengeluarkan darah SEBELUM dia mandi Junub kerana segala potongan itu akan kembali kepadanya dalam keadaan berjunub di Akhirat kelak".

Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


sumber:https://www.facebook.com

Tuesday, 27 November 2012

Berbaik-baik Sesama Islam

Photo

Assalamualaikum wrb
Sahabat/Sahabah yg saya muliakan
semoga sihat ceria dn dlm rahmat Allah

Berbaik-baik Sesama Islam

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya". [HR Bukhari & Muslim]

Dari Abu Ayub al-Ansari ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda,"Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya". [HR Bukhari & Muslim]

Dari Hurairah ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara". [HR Bukhari & Muslim]

Dari Abu Darda ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." [HR Muslim]

Rasulullah saw. bersabda, "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendir." [HR Bukhari dan Muslim]

Rasulullah saw. bersabda, "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi saw. menjawab: "Cegahlah dia". [HR Bukhari]

Allah berfirman, "Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang". (Al Hujuraat: 10)

Moga ada manfaat.


sumber:www.facebook.com

Saturday, 24 November 2012

Ganjaran Allah kepada ibu hamil







1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita
 yang tidak hamil.


2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.


3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu

 uratnya, Allah bagi satu pahala haji.


4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai 

mati syahid. .


5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada 

tiap titik susu yang diberikannya.


6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah 

beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.


7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, 

maka malaika dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana 

menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya 

yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati
anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat


Wallahu'alam..............Allah, besar nye ganjaran terhadap mereka2 yg mengandungkan

 zuriat sendiri. 



SUMBER:http://wifewillbe.blogspot.com/2011/10/ganjaran-allah-kepada-ibu-hamil.html





Wednesday, 14 November 2012

"Jahilnya kita hanya dengan kalimah azan"





Apa yang kita besarkan daripadaNya seperti yang kita mengaku bahawa Allah itu Maha Besar..????

Kita mengaku Allah itu Maha Besar. Akan tetapi, semasa azan bekumandang apakah ini yang kita utamakan..???

Kita tergolong dalam golongan manusia yang rugi kerana mengagungkan harta lebih daripada me
ngagungkan Allah swt..

"Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah" Akan tetapi kita sengaja melakukan apa yang Allah larang..dan sengaja melupakan untuk melaksanakan apa yang Allah perintahkan..Malah kita sering melaksanakan apa yang syaitan perintahkan..astaghfirullah.

sejauh mana kita bersaksi bahawa tiada tuhan selain AllahAku Bersaksi Bahawa Muhammad adalah Rasul Allah

kita memuja manusia yang langsung tidak menjamin kita untuk bahagia di akhirat nanti..

Adakah kita menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai ikutan atau idola..Apatah lagi tidak sedikit pun kita menghiraukan pesanan Nabi Muhammad kepada kita..

Apakah kita lupa tiada seorang manusia pun yang akan menolong kita di padang mahsyar kecuali Nabi Muhammad saw..

Marilah menunaikan solatsetelah berkumandang "marilah menunaikan solat" apakah kita mengutamakan solatMarilah menuju kejayaan..kita leka dan sibuk mencari kejayaan untuk kesejahteraan di dunia sahaja...Bangga dengan apa yang telah dicapai..semakin leka mengira keuntungan yang diperolehi..sehingga lupa untuk mencari dan menghitung kejayaan di akhiratAllah Maha Besar..

sampai bilakah kita benar-benar akan menyedari bahawa Allaha itu Maha Besar..???Adakah setelah kita semua sudah terlambat dan akan mengakui bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah

Ya Allah Ya Tuhanku..Bantulah hambaMu ini dalam mencapai keredhaanMu. Bukakanlah hati hambaMu ini untuk menyempurnakan agamaMu...Jauhkanlah hambaMu ini dari sifat yang buruk yang Engkau murkai. Berkatilah hidup ini



.::Semakin ku Jauhi, Semakin Kau Dekati::.






Kita sebenarnya makin jauh dengan Dia tanpa kita sedari. Bila siang kita sibuk dengan hal kita, bila malam kita masih sibuk dengan hal kita. Kadang-kadang hal siang membuatkan kita penat dan malamnya tertidur lena sampai ke pagi. Ulang sketsa yang sama setiap hari.

Ringkas pesanan saya. Ingatlah kata-kata Rabiatul Adawiyah:

"Telah menipu seseorang yang mendakwa cinta kepadaKu,
tetapi apabila malam, mereka tidur dan meninggalkanKu;
bukankah setiap kekasih rindu untuk bersendirian dengan kekasihnya?"
- al-Haddad, 1989

Ayuh! Bangun sedikit dari malam, bertahajjud dan menangislah puas-puas menangisi kesalahan diri.

Hidup ni tak sentiasa indah. Hidup ni tak lama. Hari ni kita ada. Esok belum tentu.

Tanyalah diri:

"Sampai bila aku nak hidup begini?"

Wassalam.




Wednesday, 7 November 2012

.. ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI YANG PENUH BERKAH ...






1. Memperbanyak Membaca ...

“La hawla Wala Quwwata Illa billah “

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At Tabrani)

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin” ...

Barangsiapa setiap hari membaca ..

"La ilaha illallahul malikul haqqul mubin"

maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’ aim dan Ad Dailami).

3. Melanggengkan Ber-Istighfar ...

“Barangsiapa melanggengkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga” ( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas ...

“Barangsiapa membaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." ( HR. At Tabrani )

5. Membaca Surat Al-Waqiah ...

“Barangsiapa membaca surat Al Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup “ (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

6. Memperbanyak Shalawat Atas Nabi SAW ...

“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda :

“Wahai Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah.

Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”

7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim ...

… dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Wallahu a’lam bisshowwab ...