Friday 13 April 2012

Doa Mohon Keperluan,Kemudahan Dan Lanjut Usia

Surah At - Taubah

Ayat 128 -129





Ertinya:
"Sesunnguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad S.A.W) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, dan ia pula menumpukan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah wahai Muhammad, "Cukuplah bagiku Allah yang menolong dan memeliaraku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai arasy yang besar."


Fadilat membaca ayat ini:
  • Keperluan hidupnya mencukupi termasuk rezeki, pakaian dan kediaman

  • Dapat mempermudahkan segala urusannya yang sulit dan susah

  • Menghilangkan perasaan dukacita, resah gelisah dan susah hati

  • Sebagai doa untuk memohon dipanjangkan usianya.


Kaedah mengamalkannya:
Amalkan membaca ayat ini selepas setiap kali selesai solat fardhu, atau sekurang-kurangnya selepas solat Subuh dan Maghrib




Jom kita amalkan ayat ni dalam kehidupan seharian kita :)




No comments:

Post a Comment