Monday 2 April 2012

Bertawakkallah Kepada Allah



Kepada setiap orang yang tidur tenang dalam redha Allah dan taqdirNya dengan berbantalkan angin keras, bila-bila masa senjata dapat menyerangnya dan panah pun dapat menusuknya. Namun, dia tidak mengenal kesedihan dan matanya tidak pernah menitiskan air mata. Ditujukan kepada setiap orang yang kehilangan anak-anak, kekasih, teman-teman dan sahabat. Ditujukan kepada setiap orang mukmin yang sedang mendapat ujian. Dan juga di tujukan kepada setiap orang yang mendapat cubaan. Semoga Allah mengagungkan , melipat gandakan pahala, meninggikan darjat dan menghilangkan kesedihan anda.

Allah S.W.T berfirman : " Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk." ( QS Al-Baqarah : 45 )

Ali r.a pernah berkata : " Kedudukan sabar dalam iman sama halnya dengan kedudukan kepala dalam tubuh."

Maka berbahagialah dengan pahala akhirat di dalam syurga Firdaus dan tempat yang berada dekat di sisi Tuhan Yang Maha Esa di syurga 'Adn dan di tempat yang sangat di senangi sebagai ganjaran atas apa yang engkau perbuatkan. Selamat buat anda kerana telah memiliki iman dan kesabaran serta percaya kepada pahala Allah. Kelak anda akan mengetahui bahawa dalam keadaan apa pun andalah orang yang beroleh kebahagiaan dan keberuntungan.

Allah S.W.T berfirman : " .....dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." ( QS Al-Baqarah : 155 )

Mudah-mudahan Allah menyembuhkan segala rasa yang menyakitkan. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah kepada makhlukNya dan pasti akan memberikan kurniaNya. Subhanallah....

Petikan : Janganlah Bersedih - Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia
Oleh : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarn

No comments:

Post a Comment