Thursday 12 April 2012

Bergambar | Keajaiban Peta Dunia ! SubhanaAllah !!!

Assalamualaikum ,

Entri kali ini saya akan memaparkan Keajaiban Peta Dunia,tahukah peta dunia????saya  ingin kita semua membuka minda luaskan pengetahuan segala apa yang ada di sekeliling kita sama ada kita sedar ataupun tidak dengan setiap kejadiaan yang Allah berikan.

Oleh itu ,kepada semua pembaca, jom kita ikuti pengetahuan ini tentang keajaiban peta dunia ! apa yang ada disebalik kewujudan peta dunia ini ! inilah dia ......


ok dah tengok peta dunia ini ???

Korang perasan tak apa-apa yang pelik, ganjil atau luar biasa dalam photo diatas ini?



Masih tak nampak-nampak lagi! Langsung tak nampak? Cuba tengok gambar di bawah ini pula?


orait, Bagaimana???

Sudah nampak apa yang mahu di sampaikan? Syabas! Alhamdulillah, Anda seorang yang celik mata.

Ajaibkan, ada imej manusia sedang sembahyang menghadap ke arah kiblat dalam tahyat sedang bertasyahud mengucapkan La Ilaha IlaAllah kelihatan pada peta dunia Timur Tengah. SubhanaAllah!!!

ok,kali ini cuba korang hayati setiap yang tersirat melalui imej manusia sedang bertahiyad itu dengan negara ini.


ok sekarang kita tengok huraiannya...

Palestin kepala yang berlebai.


Tapi dalam peta tulis Israel. Tak nak sebut Israel sebab negara tu negara haram. Siapa suruh tak nak masuk ke tanah baru yang dijanjikan itu. Nabi Musa suruh berlawan dengan orang di situ, takut dan tak sanggup sebab mereka kuat dan gagah perkasa. Nampak sangat sebenarnya Israel lemah dan penakut. Tapi siapa bangsa yang ditakuti Bani Israel ni? Ke mana bangsa yang kuat dan gagah perkasa ini menghilang? Kini hampir keseluruhan Palestin dirampas! Setelah bertahun lama, baru sibuk nak masuk ke tanah yang dijanjikan itu! Agaknya berani nak masuk sebab bangsa yang kuat dan gagah perkasa sudah tiada di situ atau telah hilang kegagahan dan keperkasaan mereka.

Masjidil Aqsa hendak dirobohkan. Tu pun ramai yang salah faham anggap kubah emas tu Al-Aqsa (sebab media selalu tayang kubah emas bila timbul kisah Palestin). Kubah emas tu Dome of the Rock, tempat batu tergantung. Al-Aqsa yang kubah hitam. Di sinilah mereka menjumpai harta karun (kitab-kitab sihir kuno yang Nabi Sulaiman rampas dan tanam). Kerja penggalian bawah tanah berterusan sehingga Al-Aqsa runtuh. Kawasan Dome of the Rock sikit pun mereka tak usik, sebab tu elok je kita tengok. Kemudian di tapak itu mereka akan membina Solomon Temple untuk Raja Kejahatan bersemayam (Al-Masih Dajal). Namun mengganggap Dome of the Rock bukan sebahagian Al-Aqsa juga salah. Kedua-duanya adalah kawasan masjid Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar ke Makkah.


Lebanon ekor lebai.


Jordan bahagian muka sampai ke dada.


Hmm, sebut tentang Jordan, dalam peta nampak macam ada tasik dekat situ le. Agaknya tu la dia laut mati, kesan dari azab (bumi diterbalikkan) kaum Nabi Luth yang bersifat keji, berhajat pada kaum sejenis (gay). Namun adalah tidak molek, sekiranya kita berkunjung ke tempat ini, takut terkena sisa azab kaum Lut. Tak tahu la tak pernah pergi tapi kata orang yang pernah pergi. Kawasannya berpagar kalau pergi jangan pandang (sambil teringat kisah kaum Lut) bila sampai ke tempat itu, jalan je macam biasa. Laut Mati, masin sangat siap boleh terapung lagi sebab kandungan garam sangat tinggi. Ada orang pergi untuk mengubat penyakit kulit. Tak berkesan pun, kalau berkesan mesti ada liputan media dibuat. Dah nama pun tempat bekas azab, tak ada khasiatnya. WaAllahua’alam.


Iraq dari pusat sampai hujung kaki duduk dalam keadaan tahyat.


Syria bahagian belakang badan (tulang belakang).


Bila sebut Syria, teringat sesuatu, ustaz ada sebut dalam ceramahnya, Baginda SAW pernah berkata Maju mundurnya bangsa Arab, terletak pada negeri Syam (Syria). Maka benarlah kata Baginda SAW. Sebab ada imej tersebut Syria terletak pada bahagian belakang badan dan di situ terdapat tulang belakang. Kan ada simpulan bahasa tulang belakang bermaksud tonggak utama atau orang harapan. Kalau negara Syria membangun, bangsa Arab kuat le. Nak tengok macam mana keadaan bangsa Arab, tengok le pada negara Syam. Syam maju Arab kuat, Syam mundur Arab lemah. Syam negara perdagangan, kan Nabi SAW selalu pergi berniaga barangan Siti Khadijah ke negeri Syam.


Kuwait Jari bertasyahud.

6 negara kesemuanya. Muka dan badan menghadap ke arah kiblat dan bertasyahud ketika tahiyat.

SubhanaAllah !!! setiap Allah jadikan mesti ada makna dan hikmah yang tersirat kan !!!, oleh itujanganlah sombong pada Allah, ikutilah suruhannya dan jauhilah larangannya !!!


“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap 
sesuatu?” Surah Fussilat: Ayat 53
  sumber:DISINI

No comments:

Post a Comment