KUALA LUMPUR – Nama Nur Amalina Che Bakri tiba-tiba meletup di internet ekoran tersebarnya beberapa keping gambar yang didakwa gambar pelajar genius berbangsa Melayu itu yang agak kurang manis dipandang oleh rakyat negara ini.
Tujuh tahun dulu, nama Nur Amalina menjadi sebutan disanjung tinggi ekoran kejayaannya menempa sejarah memperoleh 17 A1 untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik negara.
Beliau kemudiaannya melanjutkan pelajaran di University of Edinburgh, Scotland, di dalam dua bidang ijazah iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi serta ditaja sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.
Nur Amalina sekali lagi menjadi buah mulut rakyat negara ini apabila beliau didakwa gagal dalam pengajiannya dan pulang ke tanahair secara ‘senyap-senyap’.
Bagaimanapun, desas-desus itu ternyata palsu apabila laporan menunjukkan bahawa gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan, itu masih lagi mengikuti kursus-kursus ijazahnya seperti biasa di universiti tersebut.
Namun pada permulaan tahun 2012 ini, namanya menjadi sebutan ramai yang mengecam Nur Amalina ekoran beberapa keping gambar seorang gadis seksi yang didakwa dirinya tidak memakai tudung, mewarnakan rambut dan kelihatan ‘liar’ berbanding imejnya sebagai pelajar pada tahun 2005.
Persoalannya, benarkah Nur Amalina telah berubah dan terpengaruh dengan unsur kejutan budaya ketika melanjutkan pengajian di luar negara?
Beberapa blog bergenre hiburan dan politik turut memuatkan gambar-gambar seksi Nur Amalina di laman web masing-masing dan mempersoalkan tentang identiti beliau yang jelas lebih kebaratan berbanding dahulu.
Antara blog yang menyiarkan gambar-gambar tersebut ialah Mediamalaya.com, Ceritamamat.com, Theflyingkick.blogspot.com dan banyak lagi.
Bagaimanapun, gambar-gambar yang dikatakan diambil dari laman sosial Facebook milik Nur Amalina itu telah dikeluarkan dari akaun tersebut setelah ia ‘bocor’ dan menggemparkan dunia siber negara ini semalam.
Sekiranya benar dakwaan bahawa gadis di dalam gambar tersebut adalah Nur Amalina, rakyat negara ini sudah tentu tidak punya hak untuk menentukan imej penampilan beliau mahupun apa jenis pakaian yang dikenakan dan sebagainya.
Namun, penulis pasti ramai di kalangan rakyat negara ini mahu Nur Amalina mengekalkan imej lamanya dahulu dan sudah semestinya anak gadis Che Bakri ini perlu menutup aurat meskipun berada jauh dari keluarga di Malaysia.
Apa yang perlu, doakan saja agar Nur Amalina mencapai kejayaan di dalam pengajiannya di luar negara dan pohonlah agar beliau kembali ke imej asal sebagai seorang gadis berbangsa Melayu yang kuat pegangan Islamnya.
Berikut adalah beberapa keping gambar Nur Amalina yang telah tersebar sebagaimana yang dimaksudkan:
Bersama la kita doakan semoga dia kembali insaf dan mendapat hidayah Allah ,INSYA ALLAH
No comments:
Post a Comment