Friday 9 March 2012

Hakikat Seorang Manusia




Hakikat yang perlu kita terima dan akui sebagai seorang manusia adalah,
kita ini sering melupakan ALLAH SWT dalam hidup kita.
Bahkan, tidak keterlaluan saya katakan,
bahawa kita ini ada masa hanya mengingati ALLAH pada masa-masa yang tertentu...

Allahuakbar.. Lemahnya kita...

Begitu juga dengan hal mengadu.
ALLAH tidak larang kita berkongsi rasa kepada manusia.
Tetapi sebaiknya, kita mengadulah terlebih dahulu kepada ALLAH.
Kerana, hanya ALLAH yang Maha Memahami akan keadaan kita sedari kecil sehinggalah dewasa.

Sahabat, berbicara dengan ALLAH itu lain perasaan...

Apa perasaan itu ? PUAS. Ya, satu kepuasan...

Mari, Mengadu Kepada ALLAH

Wahai sahabat. Saya juga masih bertatih.
Maka, mari duduk bersama-sama. Kita sama-sama mengadu kepada ALLAH.
Apabila sudah tenang dan kita memerlukan nasihat daripada seorang manusia,
maka carilah seseorang untuk memberi nasihat kepada anda...

ALLAH itu, sentiasa ada di ‘sana’ untuk mendengar
pengaduan dari kita, hamba-Nya.
Apabila kita mengadu, bukan ALLAH tidak pernah memberikan tindak balas... Sebaliknya, ALLAH mendengar pengaduan kita itu dengan mencampakkan ketenangan ke dalam hati kita walaupun kita tidak melihat wajah ALLAH SWT.

Anda tidak yakin ? Nah, bacalah kalam ALLAH ini,

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu.
Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku.
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAH berserta dengan orang-orang yang sabar.”
– (al-Baqarah : 152 – 153 )

Ingin mengadu? ALLAH sentiasa ada dengan kamu...

Semoga ALLAH merahmati..
 —

No comments:

Post a Comment