Friday, 23 December 2011

Khasiat Peluk Isteri Mengikut Kajian-Dr Fadzillah Kamsah


Bismillahirrahmaanirrahiim...


 Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Dr.Fadzilah.

p/s: Tapi awas, cuma peluk isteri sendiri saja ye, jangan peluk isteri orang lain pula.


Seks adalah Multivitamin?

Bila korang enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit kepala.

Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diertikan bahawa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak “ubat sakit kepala” yang dikeluarkan.

Hubungan seks juga boleh membuat anda lebih peka. Daya cium korang akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahawa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika korang sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.

p/s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan umatnya berkahwin … )


No comments:

Post a Comment