Friday, 23 December 2011

Tips Takluki Hati Pasangan Anda

Bismillahirrahmaanirrahiim


Disini ada disediakan beberapa tips supaya mudah pasangan anda menerima anda dengan sebaiknya untuk lelaki dan wanita . jom baca :-
  1. jadikanlah pasangan anda sebagai sahabat baik anda.
  2. selalu mengirimkan pesanan ringkas kepadanya walaupun hanya berkata " i love u"
  3. lelaki sukakan wanita yang pandai membawa diri, berdikari, dan tidak kekok dalam apa-apa situasi sekali pun.
  4. wanita pula sukakan lelaki yang selalu mengambil berat akan dirinya.
  5. jika melalukan kesalahan, jangan malu untuk meminta maaf.
  6. lelaki akan ketepikan segala ego demi wanita yang di cintainya.
  7. kata orang tua-tua, tawan hati lelaki dengan mengikat perutnya terlebih dahulu.
  8. setiap manusia punyai kekurangan. cintai pasangan anda kerna dirinya seadanya. bukannya kelebihan dan kehebatannya kerana jika suatu hari nanti kelebihan dan kehebatan itu hilang, anda akan membencinya.
  9. beradalah di sisi pasangan anda ketika senang dan susah adalah kunci kebahagiaan.
  10. carilah masa untuk menghabiskan masa bersama dengan melakukan aktiviti kegemaran pasangan anda.
  11. bila pasangan anda sedang bercakap, pandanglah matanya, berikan tumpuan dengan percakapannya, jangan bersikap sambil lewa.
  12. jika wanita sedang marah, pujuklah hatinya dengan lembut, tanyakan kenapa.. jadilah pendengar yang setia..
  13. jika lelaki sedang marah, limpahilah pasangan anda dengan kasih sayang.. pujuk hatinya, jika masih tidak berjaya, biarkan dia bersendiri dahulu.. bila keadaan kembali reda, dia akan kembali mencari anda. percayalah!!!
  14. kaum adam kebiasaanya akan bercakap terus terang, berlawanan dengan kaum hawa yang lebih suka berlapik ketika bercakap.
  15. lelaki suka menganggap segala-galanya adalah mudah dan senang dalam segala hal... lain pula dengan wanita lebih cerewet dalam setiap perkara..
  16. sayangi pasangan anda berpada-pada.. kerana terlalu sayang akan menjadi benci malah sebaliknya.
  17. kadang-kadang pasangan kita juga memerlukan masa bersama keluarga dan kawan, jangan di sekat kebebasannya tetapi tidak pula di biarkan terlalu bebas. ini bermakna, beritahu pasangan anda ke mana anda ingin pergi, dan bersama siapa.. jangan timbulkan syak wasangka kepada psangan anda.
  18. tidak kira di mana anda berada, ingatlah status anda. ada hati yang perlu di jaga yer. jangan terlalu bebas bergaul. takut nanti ada yang tersangkut dengan anda.. masalah nanti..
  19. perkenalkanlah pasangan anda kepada kawan-kawan anda yang lain, agar dirinya terasa begitu berharga buat anda.
  20. sahabat si dia adalah sahabat anda juga, kata orang bila pasangan kita berkawan dengan kawan-kawan kita yang lain, maka dia akan lebih mengenali anda dengan dekat. tidak timbul juga masalah di kemudian hari :)
  21. berikan kejutan kepada si dia dengan memberinya hadiah, jangan tunggu untuk hari istimewa sahaja.
  22. bawa si dia di majlis-majlis keluarga. agar si dia tahu yang anda benar-benar serius dengannya.
  23. dari mata turun ke hati.. tatap lah matanya ketika bersama..
  24. jangan lupa ucapkan "terima kasih" untuk setiap perkara yang si dia lakukan.
  25. tanya hati anda, mengapa mencintai dia??? kerana cinta itu cukup suci untuk di permainkan. cintai pasangan anda seadanya kerana si dia mncintai anda apa adanya ^^
Hakikat dalam sebuah percintaan apabila timbul salah faham dan bergaduhan. itu adalah lumrah kehidupan pasangan bercinta. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula mereka yang tidak sedarah dan sedaging dengan kita. jadilah pasangan yang bijak menyelesaikan masalah, bukannya sentiasa menimbulkan masalah. dunia percintaan sentiasa di uji dan teruji.. di sini lah kita akan tahu, serasi atau tidak kita dengan pasangan. love mean u accept all the weakness of ur partner.

No comments:

Post a Comment