Wednesday 27 March 2013

Indahnya Kisah Cinta Mereka.(Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah)

Lupakan seketika kisah pergolakan politik yang melanda negara ketika ini....kita selami kisah cinta romantis mereka yang akhirnya membawa kejinjang pelamin...pastinya sesuatu yang amat menarik untuk dikongsi bersama.




TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD 

"Tun Dr Siti Hasmah merupakan satu-satunya pelajar wanita Melayu di universiti itu, saya malu nak rapat dengannya walaupun ramai lelaki nak rapat dengan dia, tolong angkat buku tapi saya segan"

TUN DR SITI HASMAH

"Pada tahun pertama saya gagal, dia nak ajar saya fizik secara percuma, jadi rapatlah, ketika itulah saya mula rapat dengannya"

Beliau meluahkan perasaan beliau kepada Bonda Tun Dr Siti Hasmah dalam hujan ...
Mereka pergi ke suatu tempat, kemudian Tun Mahathir menghantar Tun Siti ke stesen bas.

Tun Dr Siti Hasmah 


Disitu, Tun Mahathir nampak Tun Siti dalam hujan apabila dia sudah berlalu pergi terus kembali ke Tun Siti Hasmah.

"Why you came back? U are wet!" Kata Tun Siti Hasmah
Tun Dr Mahathir balas "I came back because I love you"

Itulah kali pertama Tun Mahathir luah perasaannya. Tun Mahathir sanggup tunggu sehingga Tun Siti tamat belajar . Kesetiaannya tak berbelah bagi. Pernah Tun Mahathir difitnah kahwin dua. Gambarnya tersebar, tapi Tun Siti Hasmah kenal wanita tu, seorang kawannya yang ketika itu di sebuah majlis yang sama.

Teringat bila saya tanya,
"Kalau Tun merajuk macam mana Tun pujuk satu sama lain"





Tun Siti Hasmah
"Kita ni sebagai perempuan, saya nak ingatkan wanita mana-mana lah, janganlah keras kepala sangat, tolak ansur tu penting dalam satu-satu perhubungan. Saya ni pun macam mana tak merajuk, nak tidur, atas katil pun, masih duk baca buku. Sekarang tak da buku, guna e-book pulak, sama ja"

Lalu Tun Mahathir menyelah,

“Kalau dia merajuk, ka, saya merajuk ka, duduk kat atas meja makan tu, saya bilang lah slow-slow... 1....2....3....4... lepas tu, dia sambung 5...6...7...pastu kami pandang sama sendiri... lepas tu gelak lah...dah berbaik....hahaha"

p/s  aduhai...romantiknya..cam filem hindustan pulak..so sweet,semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kurnia kepada kedua2 insan yng mulia ini "Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair."

sumber:SINI 


No comments:

Post a Comment