Wednesday 14 November 2012

"Jahilnya kita hanya dengan kalimah azan"





Apa yang kita besarkan daripadaNya seperti yang kita mengaku bahawa Allah itu Maha Besar..????

Kita mengaku Allah itu Maha Besar. Akan tetapi, semasa azan bekumandang apakah ini yang kita utamakan..???

Kita tergolong dalam golongan manusia yang rugi kerana mengagungkan harta lebih daripada me
ngagungkan Allah swt..

"Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah" Akan tetapi kita sengaja melakukan apa yang Allah larang..dan sengaja melupakan untuk melaksanakan apa yang Allah perintahkan..Malah kita sering melaksanakan apa yang syaitan perintahkan..astaghfirullah.

sejauh mana kita bersaksi bahawa tiada tuhan selain AllahAku Bersaksi Bahawa Muhammad adalah Rasul Allah

kita memuja manusia yang langsung tidak menjamin kita untuk bahagia di akhirat nanti..

Adakah kita menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai ikutan atau idola..Apatah lagi tidak sedikit pun kita menghiraukan pesanan Nabi Muhammad kepada kita..

Apakah kita lupa tiada seorang manusia pun yang akan menolong kita di padang mahsyar kecuali Nabi Muhammad saw..

Marilah menunaikan solatsetelah berkumandang "marilah menunaikan solat" apakah kita mengutamakan solatMarilah menuju kejayaan..kita leka dan sibuk mencari kejayaan untuk kesejahteraan di dunia sahaja...Bangga dengan apa yang telah dicapai..semakin leka mengira keuntungan yang diperolehi..sehingga lupa untuk mencari dan menghitung kejayaan di akhiratAllah Maha Besar..

sampai bilakah kita benar-benar akan menyedari bahawa Allaha itu Maha Besar..???Adakah setelah kita semua sudah terlambat dan akan mengakui bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah

Ya Allah Ya Tuhanku..Bantulah hambaMu ini dalam mencapai keredhaanMu. Bukakanlah hati hambaMu ini untuk menyempurnakan agamaMu...Jauhkanlah hambaMu ini dari sifat yang buruk yang Engkau murkai. Berkatilah hidup ini



No comments:

Post a Comment