Friday 20 July 2012

.::Tip Ketenteraman Hati::.

1 - Rajin mengerjakan solat. Ibadat solat apabila
dilakukan secara sedar dan dengan penuh keinsafan akan menjadi sumber yang
betul meny embuhkan jiwa. Ia kaedah terbaik melegakan tekanan.


2- Sebelum tidur setiap hari, seseorang Muslim dianjurkan membaca surah al-Fatihah dan tiga
surah terakhir al-Quran, lalu ditiupkan pada tangan dan disapu di seluruh badan, seelokeloknya tiga kali.


3- Sewajarnya setiap Muslim membaca sekurang-kurangnya 10 ayat al-Quran setiap hari.


4- Mendengar al-Quran sekerap yang mungkin dan cuba memainkan rakaman bacaan ayat suci
sepanjang masa.


5- Individu Muslim juga dinasihat memastikan diri sibuk melakukan sesuatu yang berfaedah
kerana jika anda tidak meny ibukkan diri dengan kerja baik, syaitan akan memastikan anda
sibuk dengan kerja negatif.


6- Berdoa kepada Allah, mohon dijauhkan kejahatan, kedukaan dan kesempitan sebaliknya
didekatkan dengan kebaikan, kelapangan serta kebahagiaan


sumber:http://www.cicinta.com

No comments:

Post a Comment