Friday 29 June 2012

Tolong Beritahu Jodohku



Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya,


Tolong beritahu jodohku, cinta agung lagisuci adalah cinta dariNya,


Tolong beritahu jodohku, cinta pada manusia boleh buatnya lupa


Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa



Tolong nasihatkan jodohku, jangan merinduiku lebih dariMaha Pencipta


Tolong nasihatkan jodohku, jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya.


Tolong katakan pada jodohku, dahulukan Allah kerana disitu ada syurga,


Tolong katakan pada jodohku, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya


Tolong katakan pada jodohku, dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga


Tolong ingatkan pada jodohku, aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa


Tolong ingatkan jodohku, aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya


Tolong ingatkan jodohku, aku menyayanginya kerana budi bahasanya


Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula mengagungkan cinta manusia


Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya


Tolong tegurkan jodohku, andai nafsu mula mengawalfikirannya


Tolong sedarkan jodohku, aku milik yang Maha Pencipta


Tolong sedarkan jodohku, aku masih milik keluarga


Tolong sedarkan jodohku, tanggungjawabnya besar pada keluarga


Tolong sabarkan jodohku, usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai..


Tolong sabarkan jodohku, usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai..


Tolong sabarkan jodohku, usah bimbang tentang jarak antara kita..



Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadifitnah besar pada dirinya


Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya


Tolong pesan pada jodohku, biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya


Tolong khabarkan pada jodohku, aku tidak mahu membuat dia terleka


Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya


Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku.


Tolong sampaikan pada jodohku, aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya


Tolong sampaikan pada jodohku, mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya


Tolong sampaikan pada jodohku, hubungan ini akan terjaga selagi dia menjadi hubungan 
dengan yang Maha Kuasa


Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.


Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya Allah yang tahu. Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya
walaupun aku masih belum mengetahuisiapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari nanti dengan izin Allah, kita pasti akan bertemu jua


sumber:SINI

No comments:

Post a Comment