Saturday 30 March 2013

Sultan Brunei yang Pemurah




Seperti yang sudah kita sedia maklum, Sultan Brunei merupakan antara Sultan yang terkaya di dunia. Disebalik kehebatan itu, tahu ataupu tidak Baginda bukan sahaja memiliki harta yang sangat banyak malah Baginda bijak menguruskan harta serta sangat dikasihi rakyat jelata. Mungkin sesetengah daripada kita menterjemahkan Baginda sebagai seorang yang suka bermewah, tetapi Baginda juga bijak melaburkan harta-harta Baginda untuk kesenangan rakyatnya didunia serta kesenangan Baginda diakhirat.

Kami mendapat laporan dari sekepil gambar yang semakin hari semakin tersebar didunia maya amnya dan di dunia media sosial secara khususnya bahawa kekayaan dan kemakmuran Negara Brunei datangnya daripada sumber minyak anugerah daripada Allah sejak dari dulu lagi kepada Negara Brunei.

Menariknya tahukah anda, Kerajaan Brunei menanggung kos elektrik Masjid Nabawi di Madinah setiap bulan pada kos RM2 Juta. Difahamkan lagi pada bulan puasa pula mungkin sebagai tanda penghargaan kepada pihak Kerajaan Brunei, Kerajaan Arab telah menghantar satu kapal terbang kurma ke Brunei. Sungguh bijak golongan hartawan mengumpul saham untuk akhirat, kan?

Sungguh luar biasa! Pada bulan Ramadhan pula, diberitahu bahawa Sultan Brunei akan membuka pintu istananya untuk rakyat jelata berbuka puasa di istananya. Subhanallah. Segala info ini anda boleh lihat pada gambar yang disediakan dibawah. Sumber superfantasia.my.



LIMA Diiktiraf Ketiga Terbesar di Dunia



LIMA Diiktiraf Ketiga Terbesar


LANGKAWI – Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) 2013 kini diiktiraf sebagai pameran pertahanan yang ketiga terbesar di dunia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata LIMA 2013 kini di tempat ketiga selepas Pertunjukan Udara Farnborough di United Kingdom dan Pertunjukan Udara Paris di Lapangan Terbang Le Bourget.
Ahmad Zahid juga meminta pihak yang memperkecil LIMA dengan dakwaan kononnya pameran itu semakin tidak mendapat sambutan serta jumlah aset pertahanan seperti kapal terbang dan kapal perang yang hadir semakin kurang, supaya datang sendiri ke pameran berkenaan pada masa akan datang.
“LIMA kita unik pasal di tempat lain mereka pisahkan pameran udara dan maritim, tetapi di sini, kita gabungkan aeroangkasa dan maritim sekali, ini adalah kejayaan yang cukup besar negara kita,” katanya kepada pemberita pada majlis penutup LIMA 2013.
Pameran LIMA, antara lain, menghimpunkan pembuat keputusan pertahanan dan perdagangan serta pemain utama industri pertahanan.
Ahmad Zahid berkata matlamat LIMA 2013 sudah tercapai dan pameran itu mencatat kehadiran lebih 40,000 pelawat profesional serta pedagang selain menarik 632 petugas media iaitu 337 tempatan dan 295 antarabangsa.
Jumlah pengunjung, termasuk penduduk tempatan dan pelancong, yang menghadiri LIMA ialah 180,000 orang.
Pertunjukan Udara Farnborough tahun lepas menarik 100,000 pelawat profesional dan pedagang serta 109,000 pengunjung tempatan.
Beliau mengakui ruang dalaman Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri kini agak sempit dan perlu diperluas bagi menampung jumlah pempamer yang semakin bertambah sehingga menyaksikan perasmian LIMA oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin terpaksa dilakukan di tarmac.
“Pusat ini akan dinaik taraf sepenuhnya kelak dan kerajaan telah membelanjakan RM25 juta untuk kerja naik taraf serta meningkatkan kemudahannya dalam fasa pertama tahun ini”, katanya. – BERNAMA


sumber:SINI


Thursday 28 March 2013

Cabar Anwar, Kit Siang Tanding Di Sabah




Cabar Anwar, Kit Siang Tanding Di Sabah

LAHAD DATU –  Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pada Rabu mencabar mana-mana pemimpin pembangkang termasuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Veteran DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di Sabah pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
Beliau berkata cabaran itu dibuat memandangkan terdapat pemimpin pembangkang sebelum ini mendakwa krisis pencerobohan di Kampung Tanduo di sini adalah sandiwara daripada kerajaan Barisan Nasional.
“Jika mereka berani, bertandinglah di sini. Rakyat Sabah tahu siapa yang memperjuangkan nasib mereka selama ini dan bukannya seperti pemimpin pembangkang yang turun padang hanya untuk meraih undi dan merayu simpati.
“Pengundi termasuk masyarakat Cina mahu pun yang bukan Islam sentiasa menyokong kepimpinan yang sedia ada ini. Atas dasar itu, saya mencabar pembangkang untuk bertanding di Sabah. Kita tengok sama ada mereka ini berani atau hebat ke tidak,” katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

SUMBER:SINI

Wednesday 27 March 2013

Indahnya Kisah Cinta Mereka.(Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah)

Lupakan seketika kisah pergolakan politik yang melanda negara ketika ini....kita selami kisah cinta romantis mereka yang akhirnya membawa kejinjang pelamin...pastinya sesuatu yang amat menarik untuk dikongsi bersama.




TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD 

"Tun Dr Siti Hasmah merupakan satu-satunya pelajar wanita Melayu di universiti itu, saya malu nak rapat dengannya walaupun ramai lelaki nak rapat dengan dia, tolong angkat buku tapi saya segan"

TUN DR SITI HASMAH

"Pada tahun pertama saya gagal, dia nak ajar saya fizik secara percuma, jadi rapatlah, ketika itulah saya mula rapat dengannya"

Beliau meluahkan perasaan beliau kepada Bonda Tun Dr Siti Hasmah dalam hujan ...
Mereka pergi ke suatu tempat, kemudian Tun Mahathir menghantar Tun Siti ke stesen bas.

Tun Dr Siti Hasmah 


Disitu, Tun Mahathir nampak Tun Siti dalam hujan apabila dia sudah berlalu pergi terus kembali ke Tun Siti Hasmah.

"Why you came back? U are wet!" Kata Tun Siti Hasmah
Tun Dr Mahathir balas "I came back because I love you"

Itulah kali pertama Tun Mahathir luah perasaannya. Tun Mahathir sanggup tunggu sehingga Tun Siti tamat belajar . Kesetiaannya tak berbelah bagi. Pernah Tun Mahathir difitnah kahwin dua. Gambarnya tersebar, tapi Tun Siti Hasmah kenal wanita tu, seorang kawannya yang ketika itu di sebuah majlis yang sama.

Teringat bila saya tanya,
"Kalau Tun merajuk macam mana Tun pujuk satu sama lain"





Tun Siti Hasmah
"Kita ni sebagai perempuan, saya nak ingatkan wanita mana-mana lah, janganlah keras kepala sangat, tolak ansur tu penting dalam satu-satu perhubungan. Saya ni pun macam mana tak merajuk, nak tidur, atas katil pun, masih duk baca buku. Sekarang tak da buku, guna e-book pulak, sama ja"

Lalu Tun Mahathir menyelah,

“Kalau dia merajuk, ka, saya merajuk ka, duduk kat atas meja makan tu, saya bilang lah slow-slow... 1....2....3....4... lepas tu, dia sambung 5...6...7...pastu kami pandang sama sendiri... lepas tu gelak lah...dah berbaik....hahaha"

p/s  aduhai...romantiknya..cam filem hindustan pulak..so sweet,semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kurnia kepada kedua2 insan yng mulia ini "Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair."

sumber:SINI 


Bagaimana Para Sahabat Sayangnya Kepada Baginda Rasullulah SAW?

HARUS dibaca dengan nada yang sedih. Pasti menitis air mata mu, sebagai mana Para Sahabat Sayangnya Baginda Rasullulah SAW.
................... ............ .......... ........
Lelaki - lelaki yang sweet terhadap orang yang di cintai.


1) Mu’adz bin Jabal yang menjerti dan menagis teresak-esak sehingga beliau pengsan oleh sebab dapat berita tentang kematian Rasulullah SAW.

2) Rasulullah telah patah gigi di dalam perang Uhud, berita itu sampai ke Awais dan Awais di rumahnya sanggup mematahkan giginya sendiri kerana hendak merasai apa yg Rasulullah telah rasai.

3) Ada seorang pedagang minyak wangi, di Madinah. Setiap kali pergi ke pasar, dia singgah dulu ke rumah Rasulullah Saw, dia tunggu sampai Rasulullah keluar. Setelah Rasulullah keluar, dia
hanya mengucapkan salam lalu memandang Rasulullah saja, setelah puas dia pergi. Suatu hari setelah dia ketemu Rasululllah dan dia pergi, lalu tak lama kemudian balik dari pasar dan dia datang kepada Rasulullah Saw dan meminta izin, “Saya ingin melihat engkau ya Rasulullah, karena saya takut dan tidak sanggup tidak dapat melihat tuan seperti ini lagi.”

4) Abu Ayyub Al-Anshari. Ketika Rasulullah hijrah ke Madinah, beliau beristirahat dahulu di pinggiran kota menginap di rumah Abu Ayyub Al-Anshari. Rumahnya itu dua tingkat, Abu Ayyub dan istrinya di tingkat atas dan Rasulullah Saw di bawah. Pada malam hari Abu Ayub dan istrinya tidak sanggup tidur karena mereka takut menggerakkan tubuhnya, semua terbujur seperti sebongkah kayu menahan dirinya untuk tidak bergerak. Mereka takut kalau bergerak, nanti debu-debu dari atas itu berjatuhan kepada Rasulullah. Setelah Rasulullah mengetahui hal itu, beliau sangat terharu lalu kepada Abu Ayub diajarkan sebuah doa sebagai penghargaan beliau atas cinta yang tulus dari Abu Ayub.

5) Dalam perang Uhud, ketika kaki Rasulullah terluka, ada seorang sahabat melihatnya lalu mengejar Rasulullah. Dia pegang kaki itu lalu dia bersihkan luka itu dengan jilatannya. Rasulullah terkejut lalu berkata, “Lepaskan! Lepaskan!” Sahabat itu berkata: “Tidak Ya Rasulullah, aku tidak akan melepaskannya sampai luka ini kering!”

6) Rasulullah sedang membariskan pasukannya karena Rasulullah selalu merapikan barisan pasukannya. Ternyata ada seorang sahabat, mungkin karena perutnya terlalu besar, selalu perutnya itu berada di luar barisan. Kemudian Rasulullah datang dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan. Lalu sahabat itu memandang Rasulullah dan berkata: “Engkau diutus untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, kenapa kau sakiti perutku?” Lalu Rasulullah turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu, lalu berseru: “Pukullah aku! Sebagai qishas atas
kesalahanku.” Kemudian orang itu berkata: “Tapi engkau pukul langsung kepada kulit perutku.” Lalu Rasulullah segera membuka pakaiannya, tiba-tiba sahabat itu memeluk Rasulullah dan mencium perutnya. Rasulullah terkejut dan berkata: “Ada apa denganmu?” Sahabat itu menjawab: “Ya Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh, mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaanku denganmu. Saya ingin sebelum meninggal dunia, sempat mencium perutmu yang mulia.”

7) Bilal yang selalu adzan semasa hidup Rasulullah tidak mau beradzan lagi setelah wafat Rasulullah karena Bilal tidak sanggup mengucapkan “Asyhadu anna Muhammad Rasululah” karena ada kata-kata Muhammad di situ. Tapi karena desakan Sayyidah Fatimah yang saat itu rindu mendengar suara adzan Bilal, dan mengingatkan beliau akan ayahnya. Bilal akhirnya dengan berat hati mau beradzan. Saat itu waktu Subuh, dan ketika Bilal sampai pada kalimat Asyhadu anna Muhammad Rasulullah, Bilal tidak
sanggup meneruskannya, dia berhenti dan menangis terisak-isak. Dia turun dari mimbar dan minta izin pada Sayyidah Fatimah untuk tidak lagi membaca adzan karena tidak sanggup menyelesaikannya hingga akhir. Ketika Bilal berhenti saat adzan itu, seluruh Madinah berguncang karena tangisan kerinduan akan Rasulullah Saw.

8) Seorang budak bernama Tsauban sangat menyayangi dan hatinya selalu merindukan Rasulullah Muhammad SAW. Sehari saja tidak bertemu Nabi, rasanya seperti setahun baginya. Kalau bisa dia ingin bersama Rasul setiap waktu. Karena jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat sedih, murung dan seringkali menangis. Demikian juga yang dilakukan Rasulullah terhadap Tsauban begitu mengetahui betapa besarnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya. Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika sudah bertemu barulah hatiku menjadi tenang dan gembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati ini bertambah cemas dan takut kalau-kalau tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga
yang tinggi. Sedangkan saya belum tentu, entah di syurga paling bawah atau yang paling mencemaskan, kemungkinan tidak dimasukkan ke syurga langsung. Jika demikian, tentu saya tidak akan bertemu denganmu lagi.” Rasulullah amat terharu mendengar perkataan Tsauban. Namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa karena balasan surga atau neraka bagi setiap hamba itu hak dan urusan Allah. Maka setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah SAW yang berbunyi; “Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang- orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: nabi-nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (QS An Nisaa’:69). Mendengar jaminan itu Tsauban pun tersenyum. Hatinya menjadi tenang dan gembira kembali.