Friday 29 June 2012

Tolong Beritahu Jodohku



Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya,


Tolong beritahu jodohku, cinta agung lagisuci adalah cinta dariNya,


Tolong beritahu jodohku, cinta pada manusia boleh buatnya lupa


Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa



Tolong nasihatkan jodohku, jangan merinduiku lebih dariMaha Pencipta


Tolong nasihatkan jodohku, jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya.


Tolong katakan pada jodohku, dahulukan Allah kerana disitu ada syurga,


Tolong katakan pada jodohku, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya


Tolong katakan pada jodohku, dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga


Tolong ingatkan pada jodohku, aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa


Tolong ingatkan jodohku, aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya


Tolong ingatkan jodohku, aku menyayanginya kerana budi bahasanya


Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula mengagungkan cinta manusia


Tolong tegurkan jodohku, bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya


Tolong tegurkan jodohku, andai nafsu mula mengawalfikirannya


Tolong sedarkan jodohku, aku milik yang Maha Pencipta


Tolong sedarkan jodohku, aku masih milik keluarga


Tolong sedarkan jodohku, tanggungjawabnya besar pada keluarga


Tolong sabarkan jodohku, usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai..


Tolong sabarkan jodohku, usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai..


Tolong sabarkan jodohku, usah bimbang tentang jarak antara kita..



Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadifitnah besar pada dirinya


Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya


Tolong pesan pada jodohku, biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya


Tolong khabarkan pada jodohku, aku tidak mahu membuat dia terleka


Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya


Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku.


Tolong sampaikan pada jodohku, aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya


Tolong sampaikan pada jodohku, mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya


Tolong sampaikan pada jodohku, hubungan ini akan terjaga selagi dia menjadi hubungan 
dengan yang Maha Kuasa


Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.


Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya Allah yang tahu. Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya
walaupun aku masih belum mengetahuisiapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari nanti dengan izin Allah, kita pasti akan bertemu jua


sumber:SINI

Ta'labah: Cita-citanya hanya Syurga

Assalamualaikum & salam sejahtera. 

 Ta'labah: Cita-citanya hanya Syurga. Jom ambil ikhtibar. Moga kita juga jadi sepertinya.

Pernahkah sahabat mendengar tentang kisah Ta'labah? 


Ta'labah salah seorang drpd para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yg punya misi & visi yg sangat agung. Seorang remaja yg begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. 


Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah S.A.W berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kpd Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah S.A.W menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dlm perjalanan mencari barang yg Rasulullah S.A.W hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yg pintunya terbuka. Angin yg bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, & ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yg sedang mandi.

A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kpd Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat Al-Quran yg menyenaraikan aku dlm golongan orang yg berbuat dosa! Ya Allah... 



Rintihan Tha'labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri & terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yg dipuncaknya ada sebuah gua. 


Tha'labah masuk ke dlm gua tersebut & asyik menangis. Tha'labah menangis & menangis, beliau kesal amat dgn dosanya.


Pada masa yg sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA utk mencari Tha'labah & beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.


Umar berkata,
 Tha'labah, Rasulullah S.A.W mahu berjumpa kamu. 

Kata Tha'labah dlm ketakutan yg amat sangat,
 Kenapa? Sudah turunkah ayat Al-Quran tentang dosaku, sudahkah  Jibril beritahu kpd Rasulullah. Aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka! 
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. 


Apabila Rasulullah S.A.W menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah S.A.W meriba kepala Tha'labah.


Tapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. 


Rasulullah S.A.W bertanya,
Kenapa wahai Tha'labah? 

Jawab Tha'labah,
 Wahai Rasulullah S.A.W, kepala yg penuh dosa ini tidak layak utk berada di ribamu. 


Tanya Rasulullah S.AW lagi,
Apa yg kamu mahu Tha'labah? 

Tha'labah menjawab,
 Ya Rasulullah S.A.W, aku mahukan keampunan Allah 



Cita²nya hanya Syurga

 Apa cita² kamu wahai Ta'labah? 

 Cita² aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa²ku. 


Lalu Rasulullah S.A.W berkata, 
Wahai Tha'labah, aku menjamin kpdmu apa yg kamu mahu & cita²mu. Inilah bukti taubatmu. 

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yg terakhir di riba Rasulullah S.A.W.


Ketika mayat Tha'labah siap dikafan & tiba masa utk dikebumikan, Rasulullah S.A.W datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kpd Rasulullah S.A.W utk rapat ke kubur Tha'labah. 


Tapi Rasulullah S.A.W berjalan merapati kubur Tha'labah dlm keadaan berjalan yg perlahan & seperti tersekat².


Sahabat² bertanya, 
 "Wahai Rasulullah S.A.W, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah S.A.W berjalan dgn tidak selesa? "

Rasulullah S.A.W menjawab, 
 Kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yg hadir menghantar Tha'labah ke kubur. 


Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dgn azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yg sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah S.A.W, begitu mengharap keampunan Allah SWT & akhirnya menhembus nafas yg terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, & jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!




Lihat diri kita. 


 Apakah kita menyesal & bertaubat setelah berbuat dosa yg sengaja? 


 Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yg tidak sengaja?



Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa² kita.


Wallahualam

Seorang Doktor Neurologi US Menemui Keajaiban Allah SWT




'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!

Tidak menunaikan sembahyang, otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.' Wallahualam...

SUMBER:SINI

Wednesday 27 June 2012

7 TIPS & CARA MENJATUHKAN EGO LELAKI






Sebagai seorang lelaki, jawapan aku mudah saja. Hargailah lelaki dan sentuhilah dasar hatinya. Sudah pasti bukan mudah, terutama untuk menyentuh hati seorang lelaki yang pernah merendahkan egonya demi seorang perempuan yang disayangnya namun akhirnya berpaling daripadanya… Jika anda sebagai seorang fikir mampu mempermainkan maruah seorang lelaki dengan menjatuhkan ego lelaki, cubalah. Jangan pernah bermain dengan ego lelaki, terbakar diri nanti! Jadi, macam mana nak menyentuh dasar hati lelaki? Ikut langkah di bawah. *Kalau nak terus jatuhkan ego dia baca terus step 7*
1.BERSABAR
Untuk menjinakkan ego seorang lelaki perlukan kesabaran yang tinggi kerana lelaki juga sukar diduga. Anda perlu bersiap sedia untuk disakiti, dimalukan, apatah lagi diperbodoh apabila segala usaha anda tidak berhasil dan hanya sia-sia.
2. FAHAMI DIA
Fahami dia dalam erti kata lain ialah anda belajar menjadi stalker. Fahami dia adalah kunci kejayaan anda. Sedangkan dalam berperang, tentera juga perlu memahami strategi musuhnya untuk menang, jadi gunakan taktik yang sama! *Haish…Kuat berimiginasi aku nih…*
3.HORMATI DIA
Pertama sekali ialah belajar menghormati dia. Jika anda berharap si dia menghormati anda, anda perlu hormati dia dulu. Namun berbeza bagi setiap lelaki itu untuk belajar menerima apa yang anda cuba lakukan. Ada sesetengah lelaki akan beranggapan sudah menjadi lumrah alam perempuan tunduk dan patuh padanya. Malahan ada juga yang memahami dengan membalas kembali apa yang diberi. Apapun, menghormati itu adalah kunci kepada langkah yang seterusnya.
4.JANGAN BERTEKAK DENGAN DIA
Berhenti daripada mewujudkan suasana tegang antara anda. Jikalau anda rasakan dia tidak boleh menerima pendapat anda semata-mata untuk dia merasakan maruahnya tidak tercalar, biarkan saja. Biar dia saja yang rasa betul. Akhirnya nanti, dia akan dimalukan oleh perangai egonya sendiri sehingga tercalar egonya. Siapa tahu, mungkin dia akan sedar dan belajar merendahkan egonya. Apa yang penting, jangan sentiasa berharap untuk menang dalam setiap perbalahan dengan lelaki. Kerana ada hanya akan meninggikan egonya.
5. HARGAI DIA
Tahukah anda, kita di Malaysia ini terlalu disogokkan dengan cerita-cerita cinta yang terlalu kompleks sehinggakan terikut-ikut dengan cerita tersebut. Anda tak perlu bersusah payah terkejar-kejarkan si dia. Apa yang anda perlu ialah hargai dia. Jadikan tiap-tiap hari adalah hari untuk menghargai dia bukan hanya satu hari saja seperti yang dilakukan mereka yang menyambut Valentine’s. Ucapkan terima kasih sudah memadai. Penghargaan ibarat racun yang meracun diri secara halus tetapi amat berkesan!
6.SAYANGI DIA
Cuba renungkan kembali kenapa anda ingin jatuhkan ego si dia.. Adakah kerana cinta? Atau adakah kerana anda telah tercinta si dia? Tanpa anda sedar, sebenarnya anda telah sayang pada dia. Ada sebabnya kenapa ego si dia diciptakan mempunyai ego, kerana si dia telah mewarnakan hidup anda. Jadi, anda mempunyai dua pilihan, jika anda ingin menjatuhkan ego dia semata-mata anda benci dia, baik anda menjauhkan diri anda daripada dia, kerana kelak apabila si dia sudah tiada, pasti anda akan teringat pada dia. Atau anda teruskan menyayangi si dia dengan menunjukkan kasih dan sayang anda pada si dia. Biarkan si dia tidak mengerti, lama kelamaan pasti si dia juga akan mula sayangkan anda. This is law of attraction! Apabila satu hati mencintai yang lain, satu lain tidak mencintai sebagaimana dia dicintai.
7. JANGAN MEMALUKAN DIA
Kalau anda benar-benar menjatuhkan ego dia, malukanlah dia dihadapan orang ramai. Ya, kemungkinan besar dia akan berlalu pergi daripada tempat itu malahan mungkin juga akan menangis. Mungkin itu yang anda ingin lihat sebagai seorang perempuan. Ops…Bukan perempuan, perempuan murahan. Kerana apabila anda menjatuhkan ego si dia apatah lagi menjatuhkan maruah dia di khalayak ramai, anda juga telah memalukan diri anda sendiri. Tetapi ingat, hidup anda tidak akan aman lagi kerana dibayangi oleh si dia yang pada bila-bila masa akan membalas kembali apa yang anda lakukan. Mungkin si dia akan kembali untuk meragut nyawa anda, atau mungkin orang yang anda sayangi. Siapa tahu, ego lelaki mampu bertindak lebih daripada segalanya!

sumber

Tuesday 26 June 2012

Khasiat Buah Delima

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Rasulullah bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)
Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.
Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .

Monday 25 June 2012

.::Petua Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata::.

Petua Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata







Penyebabnya:




1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.
6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tidak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tidak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari.
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.
11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.
Cara Menghilangkannya:




Menggunakan Kentang: Kisar sebiji ubi kentang. Bahagikan kepada 2 bahagian dan balutkan dengan sehelai kain nipis. Baring dengan santai dan tekapkan balutan tadi pada kedua belah mata anda. Pastikan mata anda terpejam dan biarkan selama 15-20 minit.

MenggunakanTimun: Parut hujung timun (Bahagian kepala yang berwarna hijau pekat. Lebih elok lagi jika timun itu diletakkan di dalam peti sejuk terlebih dahulu). Ambil tisu muka berbentuk empat segi dan basahkan dengan air yang terhasil melalui parutan tersebut. Lekapkan di mata. Boleh juga jika anda ambil hampas parutan dan letak di atas tisu dan kepitkan dengan tisu yang lain. Kemudian, tekapkan ke kelopak mata yang tertutup selama beberapa minit. Amalkan selalu.
 

Saturday 23 June 2012

Pemain Bola Philippe Sendrose Peluk Islam


Philippe Senderos (gambar bawah), sebelum ini bermain dengan Arsenal, kini adalah salah seorang pemain negaranya,
Switzerland.
Senderos, seorang pelajar theology, telah menunjukkan minatnya kepada Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.
“Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenai,” kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.
“Jika saya bukan pemain bola, bola jadi saya sudah menjadi paderi,” tambahnya.
sumber : harakahdaily.net

Tuesday 19 June 2012

MENELADANI 4 AKHLAKTERPUJI RASULULLAH S.A.W.


Nabi Muhammad S.A.W. merupakan seorang yang amat bersopan dalam bertutur kata, jujur, tidak pernah berdusta serta luhur budi pekertinya. Hal inilah yang membuat kita mengagumi Baginda. Sehingga ke hari ini, Baginda S.A.W. dikagumi ramai orang di seluruh pelosok dunia kerana keperibadian Baginda yang amat luar biasa. Michael H.Hart di dalam bukunya "The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History" meletakkan Rasulullah S.A.W. sebagai manusia paling berpengaruh di dunia di kalangan 100 orang manusia paling berpengaruh di dalam sejarah dunia.

Beliau mempunyai perilaku dan akhlak yang sangat mulia terhadap sesama manusia, khususnya terhadap umatnya tanpa membezakan atau memandang seseorang dari status sosial, warna kulit, suku bangsa atau golongan. Beliau selalu berbuat baik kepada siapa saja bahkan kepada orang jahat atau orang yang tidak baik kepadanya. Oleh kerana itu tidak menghairankan kerana di dalam Al-Quran, beliau disebut sebagai manusia yang memiliki akhlak yang paling agung.

“Sesungguhnya telah ada pada diri  S.A.W.itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
 (QS Al-Ahzab: 21)

Nabi Muhammad S.A.W. memiliki akhlak dan sifat-sifat yang sangat mulia. Oleh kerana itu hendaklah kita mempelajari sifat-sifat Baginda iaitu Siddiq, Amanah Tabligh dan Fathonah.
1. SIDDIQ 

Siddiq ertinya benar. Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim Tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya.

Pada diri Rasulullah S.A.W., bukan hanya perkataannya yang benar, malah perbuatannya juga benar, yakni sejalan dengan ucapannya. Jadi mustahil bagi Rasulullah S.A.W. itu bersifat pembohong, penipu dan sebagainya.

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” 
(QS An-Najm: 4~5)

2. AMANAH 


Amanah ertinya benar-benar boleh dipercayai. Jika satu urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana itulah penduduk Makkah member gelaran kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan gelaran ‘Al-Amin’ yang bermaksud‘paling percaya’, jauh sebelum beliau diangkat jadi seorang Rasul. Apa pun yang beliau ucapkan, dipercayai dan diyakini penduduk Makkah kerana beliau terkenal sebagai seorang yang tidak pernah berdusta.

“Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu.”
 (QS Al-A'raaf: 68)

Mustahil Rasulullah S.A.W. itu berlaku khianat terhadap orang yang memberinya amanah. Baginda tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Rasul atau sebagai pemimpin bangsa Arab untuk kepentingan peribadinya atau kepentingan keluarganya, namun yang dilakukan Baginda adalah semata-mata untuk kepentingan Islam melalui ajaran Allah S.W.T.

Ketika Nabi Muhammad S.A.W. ditawarkan kerajaan, harta, wanita oleh kaum Quraisy agar beliau meninggalkan tugas ilahinya menyiarkan agama Islam, Baginda S.A.W. menjawab :

"Demi Allah… wahai pakcik, seandainya mereka dapat meletakkan matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku agar aku meninggalkan tugas suci ku, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan (Islam) atau aku hancur kerananya."

Meskipun kaum kafir Quraisy mengancam membunuh Baginda, namun Baginda tidak gentar dan tetap menjalankan amanah yang dia terima. Setiap orang Muslim sepatutnya memiliki sifat amanah seperti Baginda S.A.W.

3. TABLIGH

Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah S.W.T. yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda S.A.W.. Tidak ada yang disembunyikan walaupun ianya menyinggung Baginda sendiri.

“Supaya Dia mengetahui, bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu.”
 (QS Al-Jin: 28)

“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya.”
 (QS 'Abasa: 1~2)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah (QS 'Abasa: 1) turun berkenaan dengan Ibnu Ummi Maktum yang buta yang datang kepada Rasulullah S.A.W. sambil berkata : “Berilah petunjuk kepadaku, ya Rasulullah.” Pada waktu itu Rasulullah S.A.W. sedang menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah S.A.W. berpaling daripadanya dan tetap melayani pembesar-pembesar Quraisy.

Ummi Maktum berkata : “Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan?”

Rasulullah S.A.W. menjawab : “Tidak.”

Maka ayat ini turun sebagai teguran di atas perbuatan Rasulullah S.A.W. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim yang bersumber dari ‘Aisyah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Ya’la yang bersumber dari Anas.)

Sebetulnya apa yang dilakukan Rasulullah S.A.W. itu menurut standard umum adalah hal yang wajar. Ketika sedang berbicara di depan umum atau dengan seseorang, tentu kita tidak suka diganggu oleh orang lain. Namun untuk standard Nabi, itu tidak cukup. Oleh kerana itulah Allah S.W.T .telah menegur Baginda S.A.W.

Sebagai seorang yang tabligh, meski ayat itu menyindirnya, Nabi Muhammad S.A.W. tetap menyampaikannya kepada kita. Itulah sifat seorang Nabi. Jadi, mustahil Nabi itu ‘kitman’ atau menyembunyikan wahyu.

4. FATHONAH


Fathonah ertinya bijaksana. Mustahil bagi seseorang Rasul itu bersifat bodoh atau jahlun. Dalam menyampaikan ayat Al-Quran dan kemudian menjelaskannya dalam puluhan ribu hadis memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa.

Baginda S.A.W. harus mampu menjelaskan firman-firman Allah S.W.T. kepada kaumnya sehingga mereka mahu memeluk Islam. Nabi juga harus mampu berdebat dengan orang-orang kafir dengan cara yang sebaik-baiknya.

Apatah lagi Baginda S.A.W. mampu mengatur umatnya sehingga berjaya mentransformasikan bangsa Arab jahiliah yang asalnya bodoh, kasar/bengis, berpecah-belah serta sentiasa berperang antara suku, menjadi satu bangsa yang berbudaya dan berpengetahuan. Itu semua memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa.

Semoga kita dapat menerapkan 4 sifat Baginda S.A.W. di atas di dalam kehidupan kita dan mendapat keredhaan Allah S.W.T

misteriousgrapersz

4 TANDA HIDUP TAK BERKAT

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan-NYA Na’uzubillah.

Tanda-tanda hidup kita tak berkat antaranya ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.


Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.


Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.


Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang-langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.


Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

Islamic Articles

20 TIPS CINTA SUAMI ISTERI

Bismillahirahmaanirrahiim


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisinya.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Isteri perlu sentiasa mendengar dan mengikut nasihat yang baik daripada suami supaya suami lebih menyayangi isterinya.

20. Sentiasa berusaha untuk melakukan apa saja aktiviti bersama pasangan supaya hubungan antara suami isteri lebih rapat dan erat.

30 Ciri-Ciri Orang Munafik

Berikut adalah antara ciri-ciri orang munafik menurut Islam :




1. Dusta

2. Khianat

3. Fujur dalam pertikaian

4. Ingkar janji

5. Malas beribadah

6. Riak'

7. Sedikit berzikir

8. Mempercepat solat

9. Mencela orang-orang yang taat dan soleh

10. Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah S.A.W.

11. Bersumpah palsu

12. Enggan berinfak

13. Tidak menghiraukan nasib sesama kaum Muslimin

14. Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian

15. Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah S.W.T.

16. Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh

17. Sering meninggalkan solat berjemaah

18. Membuat kerosakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan

19. Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir

20. Takut terhadap kejadian apa saja

21. Beruzur dengan dalih dusta

22. Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan

23. Bakhil dalam masalah kebajikan

24. Lupa kepada Allah S.W.T.

25. Mendustakan janji Allah S.W.T. dan Rasu-lNya

26. Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin

27. Sombong dalam berbicara

28. Tidak memahami masalah-masalah agama

29. Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa

30. Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang